KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kerajaan Malaysia akan dapat ditukar tanpa kemusnahan dan bencana jika rakyat dapat mengabaikan pandangan kuasa politik kaum Melayu akan terhakis jika UMNO tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)
Beliau mendakwa kononnya pandangan bahawa kuasa politik kaum Melayu akan terhakis jika UMNO kecundang dalam PRU-14 dan Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP membentuk kerajaan adalah satu penipuan.
“Jika kita dapat membongkar penipuan masa depan kaum Melayu amat bergantung kepada kemenangan UMNO dalam PRU akan datang maka ada peluang untuk menukar kerajaan tanpa mengundang bencana kepada negara,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang dalam pada itu menuduh kononnya wujud kelompok tentera siber UMNO untuk menghasut kebencian dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau mendakwa, kumpulan itu menjana rasa tidak percaya dalam kalangan pelbagai kaum dan agama di negara ini.
“Taktik tidak bertanggungjawab ini mencerminkan keadaan terdesak mereka,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC