Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

6 Termasuk Seorang Wanita...

TAMPIN - Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam...

Mayat Di Tengah Jalan...

KUALA LUMPUR - Polis menemui beberapa kesan tetakan pada mayat yang ditemui terbaring...

Kinderboard, Papan Kekunci Khas...

Sejak kebelakangan ini, seringkali kita melihat anak-anak kecil sudah pandai menggunakan peranti pintar...

1MDB: Kerajaan Tidak Campur...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mencampuri keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan bekas...

Datang Ujibakat Jangan Pakai Selekeh – Mas Idayu

PENYANYI dangdut popular Mas Idayu yang juga merupakan antara tenaga pengajar program realiti Akademi Fantasia musim terbaharu, menasihatkan peserta yang ingin mencuba nasib supaya hadir dengan berpakaian kemas.

Menurutnya, selain mempunyai kualiti vokal yang baik, berpenampilan menarik dan kemas juga merupakan antara faktor yang dinilai olehnya dalam mencari bintang-bintang baharu untuk program tersebut.

“Untuk mereka yang nak datang ujibakat dan berdepan dengan kami selaku juri AF2016, antara perkara yang saya tekankan ialah berpakaian kemas.

“Vokal sudah tentu penting tapi jangan lupa bahawa penampilan diri juga sangat penting.

“Bila datang ujibakat tolong jangan selekeh, pastikan kemas kerana melalui penampilanlah orang memberikan tanggapan pertama mereka,” katanya memetik laporan Astro Gempak.


Sesi ujibakat AF2016 telah berlangsung Jumaat lalu hingga hari ini di The Boulevard St Giles, Premier Hotel, Midvalley, Kuala Lumpur.

Selain Mas Idayu, tenaga pengajar lain yang terlibat ialah Linda Jasmine, Ellie Suriaty dan Edry Abd Halim selaku pengetua AF2016. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori