AUCKLAND – Demam permainan peranti Pokemon Go berjangkit kepada warga New Zealand, Tom Currie yang menerima cabaran menangkap raksasa Pokemon jauh lebih baik daripada bekerja.
Dia yang berusia 24 tahun itu memutuskan sanggup nekad untuk berhenti bekerja dan telah dua bulan dilaporkan mengembara ke seluruh bandar raya Auckland semata-mata untuk menangkap raksasa Pokemon.
“Saya ingin menyudahkan sebuah pengembaraan,” kata Currie sebagaimana yang dilaporkan daripada laman berita tempata Odditycentral.
Currie bekerja di sebuah kafe, di daerah Hibiscus Coast, di sini. Ketika teruja mencari keghairahan baharu dengan bermain game itu, dia memutuskan untuk menjadi pemburu Pokemon Go yang terbaik.
Bahkan dia menyiapkan cukup bekalan makanan setiap pagi untuk makan tengah hari dan air minum agar dapat seharian memburu aneka monster permainan tersebut.
“Saya telah bekerja selama enam tahun dan sudah mengalami kebosanan. Kini tiba masanya untuk berehat dengan bermain Pokemon untuk memberikan saya peluang dan cabaran hidup,” katanya.
Kegemarannya memburu raksasa itu membuatkannya perlu berjalan hingga puluhan kilometer sehari. Jarang sekali dia mengejar Pokemon hingga pukul 3 pagi setiap hari.
Curie mengaku pengalamannya itu sangat menggembirakannya waima meletihkannya dari sudut positif sebelum tidurnya menjadi lebih nyenyak akibat aktiviti fizikal iaitu berjalan. – MYNEWSHUB.CC