LOS ANGELES – Sebahagian orang di dunia ini, mungkin ramai tidak mengetahui bakat aktres Kim Kardashian sehingga ia memperoleh populariti luar biasa seperti sekarang.
Bahkan jarang sekali secara langsung mereka ‘menyerang’ peribadi Kim Kardashian, termasuk dalam media sosial milik isteri Kanye West tersebut.
Menurut Kim Kardashian sendiri, bukannya tidak tahu dengan ejekan ditimpanya, sebaliknya, Kim berasa bangga dengan keadaan diri dia seadanya.
Hal ini bermula saat Kim Kardashian muncul sebagai bintang muka depan majalah perniagaan yang berprestij, Forbes, lapor portal Huffington Post.
Berkat sebuah program televisyen popular yang mengusung namanya, selebriti Hollywood ini mengaut pendapatan kasar sekitar AS$160 juta atau kira-kira RM635 juta.
Daripada angka ini, dikatakan sebanyak RM208.6 juta masuk terus ke dalam poket Kim Kardashian.
Kemunculan wajah perempuan berketurunan Armenia di muka hadapan majalah Forbes ini tentu membuatkannya bangga.
Dia lantas mengicau menerusi Twitter dalam bentuk cuitan:Â “Sebuah kehormatan luar biasa untuk menjadi majalah @Forbes! Aku tak pernah mimpikan hal ini dan aku tahu ayah aku pasti bangga.”
Para haters yang sudah bersiap sedia menyerangnya dengan kata kunci ‘tak berbakat’ yang selama ini dilempar ke wajahnya mungkin terkedu senyap. – MYNEWSHUB.CC