SEORANG lelaki warga China bernama Gao Fengtai berada di persimpangan dilema diantara terus bersama isterinya atau pergi menyelamatkan ibu kandungnya yang sudah tua.
Bagaimanapun, Gao memilih untuk pergi menyelamatkan ibu dalam kejadian banjir yang melanda kampungnya.
Gao yang berasal daripada sebuah perkampungan di luar bandar Xingtai, wilayah Hebei sedang menuju ke tempat kerja apabila menerima amaran daripada jabatan kaji cuaca tempatan mengatakan kampung mereka akan dilanda banjir dalam kejadian pada Selasa minggu lalu.
Risau dengan perkhabaran itu, Gao bergegas pulang ke kampung halamannya untuk memastikan keselamatan ibunya yang tinggal seorang diri tidak jauh dari rumahnya. Namun bencana itu tidak berlaku.
Sehinggalah lewat tengah malam, isterinya memberitahu bahawa banjir telah melanda kampungnya lalu dia bergegas ke rumah ibunya meninggalkan isteri dan anaknya sendirian.
Akibat tindakannya itu, Gao telah ditinggalkan oleh isteri dan dua anak mereka beserta wang berjumlah 2 ribu Yuan (RM1,221).
“Dia isteri yang baik dan selalu menjaga orang tua saya,” kata Gao.
Menurut Gao kepada laman tempatan, dia tidak punya pilihan sama ada untuk selamatkan isteri dan anak-anaknya dahulu ataupun ibunya.
“Saya binggung, siapa yang harus saya selamatkan dahulu.
“Saya tidak dapat membayangkan apa yang bermain di fikiran isteri saya saat saya bergegas ke rumah ibu saya,” jelas Gao.
“Mengabaikan ibu juga tidak bertanggung jawab, tetapi meninggalkan isteri juga salah. Saya tahu dia kecewa terhadap saya,” ujar Gao sedih.
Walau bagaimanapun, Gao akan tetap meminta maaf kepada isterinya meskipun dia yakin bahawa isterinya tidak akan memaafkannya. – MYNEWSHUB.CC