SELEPAS kegagalan rumah tangga yang dibina bersama Azmi Hatta, pelakon kecil molek, Elly Mazlein mengakui dia kini serik untuk berkahwin sekali lagi.
Tambahnya, dia akur dengan semua ujian yang diberikan kepadanya dan menganggap bahawa segala apa yang terjadi mempunyai hikmah dan dia mahu terus bersikap positif.
“Dengan apa yang telah berlaku sebelum ini, saya memang sudah tidak percaya dengan mana-mana lelaki lagi,” kata Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi.
“Tetapi saya yakin apa yang terjadi ini mempunyai hikmah supaya saya lebih berhati-hati selepas ini,” tambahnya kepada sebuah portal hiburan.
Jelasnya, dia kini lebih selesa hidup bersendirian dan mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada anak perempuannya, Putri Sara Sefia.
Elly juga mengakui masih belum bersedia untuk membuka hatinya untuk bercinta dengan mana-mana lelaki dan tidak mahu terburu-buru untuk memikirkan soal rumah tangga. – MYNEWSHUB.CC