Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rekod Daftar Pemilih Dikatakan...

SHAH ALAM - Pengguna media sosial hari ini meluahkan kerisauan susulan rekod daftar...

Tempahan 12.12 Di Malaysia...

KUALA LUMPUR – Tempahan yang dibuat pembeli dalam talian dalam sehari pada 12.12...

Bajet 2017: PM Mahu...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua kementerian dan agensi-agensi...

SRS Bantu Polis Cegah...

ARAU - Penglibatan penduduk melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan perumahan dan...

Enakmen Sumber Air Negeri Melaka Akan Dikaji Semula

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan mengkaji semula Enakmen Sumber Air Negeri Melaka 2014 selaras dengan penggubalan Rang Undang-undang Sumber Air Negara yang sedang dirangka Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata kajian semula itu bagi memastikan penyeragaman pengurusan dan pentadbiran air di setiap negeri dapat dilaksanakan menerusi Rang Undang-Undang Sumber Air Negara.

Beliau berkata kajian berkenaan juga perlu dilakukan kerana Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menyifatkan Enakmen Sumber Air Negeri Melaka 2014 adalah terkehadapan berbanding negeri lain dan juga rang undang-undang yang sedang dirangka.

“Kita akan mengkaji semula dan menganalisa semula Enakmen Sumber Air Negeri Melaka 2014 secara terperinci dalam tempoh antara tiga atau empat bulan ini.

“Keputusan mestilah berdasarkan perbincangan terperinci melibatkan pelbagai pihak di negeri ini termasuk pegawai undang-undang negeri dan punca kuasa kita dalam pengurusan air di peringkat negeri,” katanya kepada pemberita selepas mendengar Taklimat Perlaksanaan Rang Undang-Undang Sumber Air Negara di sini, hari ini.

Taklimat disampaikan Timbalan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Naim Abu Bakar.

Melaka merupakan negeri kelapan mengadakan taklimat berkenaan anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi mendapatkan pandangan berhubung enakmen baharu itu daripada semua kerajaan negeri.


Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri Melaka tidak menghalang sekiranya Enakmen Sumber Air Negeri Melaka 2014 dijadikan rujukan dalam penggubalan rang undang-undang berkenaan.

Beliau berkata Enakmen Sumber Air Negeri Melaka 2014 adalah yang terkini selepas pemansuhan Enakmen Pembekalan Air (Negeri Melaka) 2002.

“Kita mempunyai 11 seksyen dalam Enakmen Sumber Air Negeri Melaka 2014 manakala Rang Undang-Undang Sumber Air Negara kini mempunyai 12 seksyen dan rata-ratanya ia adalah mirip,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori