Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

MCA Terus Komited Tingkat...

JOHOR BAHRU - MCA terus komited dalam usaha membantu meningkatkan keperluan pendidikan khususnya...

Dikepung ‘Gengster’, Syed Saddiq...

JOHOR BAHRU - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa...

Pegawai SPRM Ambil Dokumen...

KUALA LUMPUR – Pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di pejabat...

JDT Kukuhkan Nilai Komersial...

PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa...

Era Gelap Kepimpinan PAS, Krisis Ulama Berulang Lagi

APAKAH motif kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyeru supaya parti Islam itu berpatah balik dan bersatu semula dengan Pakatan Harapan (PH) demi menjatuhkan UMNO dan BN?

Walaupun Tuan Ibrahim dilihat mesra PH dalam isu menyerang Perdana Menteri (PM), beliau antara yang paling seru dalam kempen mengheret keluar PAS keluar Pakatan Rakyat (PR).

Malah, arkitek utama Kem Ulama ketika menyingkirkan Kem Liberal Pro DAP dalam Muktamar Agung PAS pada Jun 2015.

Merujuk fakta: Ada dua petunjuk penting dalam kempen pemilihan pada Muktamar Agung ke-61 itu.

Pertama: Kem Ulama mahu menghapuskan semua pengaruh Kem Liberal dan perebutan 19 jawatan utama yang dipertandingkan. Mandat juga akan digunakan untuk keluar PR berikutan krisis dengan DAP.

Kedua: Menyingkirkan semua golongan liberal dalam PAS bererti PAS akan menjauhkan diri daripada PR berikutan krisis kepimpinan berpanjangan dengan DAP – sekutu utama dalam PR.

Anehnya: 13 bulan selepas mandat Muktamar Agung, Tuan Ibrahim membuatkan pengumuman mengelirukan.

Malah, kenyataan Tuan Ibrahim menerima respon halus Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Facebook Hadi, memuat turun semula ucapan beliau sempena Amanat Syawal. Justeru, isi amanat itu kini dilihat sebagai *balik paku buah keras* ke muka Tuan Ibrahim.

Isi Amanat Syawal Hadi jelas menyentuh mengenai Empat Kesimpulan Utama dalam menyempurnakan Islam selepas kewafatan Rasullulah.

Tetapi kini, amamat itu menjadi anak panah tepat ke jantung Tuan Ibrahim.

Pada Muktamar Pas kali ke 61 tahun Jun 2015 itu, 1162 perwakilan Pas sudah membuat keputusan. Sangat muktamad! Semua calon Kem Liberal tewas dan perwakilan menyerahkan hala tuju parti ke tangan kepimpinan ulama secara total.

Ini bererti, kempen Kem Ulama meninggalkan PR disokong perwakilan.

Kini hanya selepas 13 bulan, Tuan Ibrahim menyeru Pas berbaik semula dengan rakan pembangkang dalam PH. Satu isyarat jelas: Pas diambang krisis!

Pasti penyokong Pas terasa letih dan bosan. Malah, masyarakat awam pun sudah mula tersenyum sinis. Semua ini ada sebabnya:

1. Muktamar 2015 telah memilih hala tuju dengan menyokong aspirasi Kem Ulama.
2. Kem Liberal yang kalah pula sudah mengambil langkah keluar Pas dan menubuhkan PAN.
3. Pas pula sudah keluar PR dan enggan bersama PH.
4. Pas sudah melaksanakan langkah baharu, menubuhkah Blok Ketiga bersama parti Ikatan.
5. Pas sudah berperang secara terbuka dengan PH dalam PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Semua peristiwa besar pasca-Muktamar itu terjadi dalam tempoh 13 bulan sahaja!

Pasti meletihkan!

Era Gelap Kepimpinan PAS, Krisis Ulama Berulang Lagi

Hanya selepas 13 bulan, Tuan Ibrahim yang menggadaikan aspirasi Muktamar dengan seruan bersatu semula dengan musuh utama Islam – DAP!

Kemana sebenarnya hala tuju Pas?

PAS memang sedang tenat. Persimpangan antara tekanan untuk berkuasa – atau kembali berpaksi pada akidah, kini menjerumuskan parti itu ke dalam pusaran air yang dahsyat.

Untuk rekod, Amanat Raya Hadi – menyentuh empat perkara. Syiar Islam selepas kewafatan Rasulullah.

“Terdapat empat perkara penting menjadi pegangan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Yang pertama adalah akidah tauhid. Perjuangan Islam dan kemenangan dijanjikan oleh Allah SWT yang mereka bawa ini bukan wawasannya sekadar di dunia, tetapi yang paling besar wawasan kemenangan yang kekal abadi di hari akhirat.

“Di sini keyakinan dalam hati mereka, menjadikan mereka tidak boleh dirasuah, tak boleh dibeli, tak boleh ditawar menawar secara mudah dengan habuan dunia,” kata Abdul Hadi seperti dilaporkan laman Facebook rasmi PAS malam tadi.

Berbalik pada kontroversi Abdul Hadi dan Tuan Ibrahim, ada sedikit nasihat:

Anda berdua memimpin ummah. Anda berdua berdiri sasa atas kempen Kem Ulama pada muktamar lalu dengan kempen mendapatkan mandat perwakilan untuk meninggalkan PR.

Jadi tolonglah: “Jangan buat masyarakat keliru dan letih. Paling teruk, menjebakkan pengikut parti dalam frasa konflik sesama ulama, yang memimpin parti berteraskan Islam!”

Kalau berlarutan – memang ulama punca perpecahan parti! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori