Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Erin Malek Dan Tunang...

SEMAKIN dekat tarikh perkahwinan mereka, semakin banyak pula cerita yang kurang enak didengar...

Tonggek Kilafairy Undang Cemuhan...

IMEJ seksi dan menggoda penyanyi dan pelakon Kilafairy sememangnya menjadi buah mulut ramai...

DAP Guna Kaedah Psikologi...

KUALA LUMPUR - DAP memulakan pendekatan baharu dalam usahanya menjatuhkan UMNO dari dalam...

PM, Isteri Hadir P’kahwinan...

SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri...

Jangan Mudah Berpuas Hati Laksana Tanggungjawab

KOTA KINABALU – Pasukan keselamatan khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) diminta lebih serius dan tidak mudah berpuas hati dalam melaksanakan tugas hakiki mereka di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) Mohd Zaki Harry Susanto berhata sudah tiba masanya pihak keselamatan menggunakan elemen ‘show of force’ dalam penugasan harian mereka agar boleh menimbulkan perasaan gerun kepada penjenayah rentas sempadan.

“Pasukan keselamatan tidak lagi boleh memilih untuk bertoleransi kerana jenayah culik untuk mendapatkan wang tebusan nampaknya semakin menjadi-jadi. Keadaan ini menjejaskan reputasi pasukan keselamatan dan mencemarkan kedaulatan negara.

“Pihak kerajaan juga diharap boleh memberi keutamaan kepada penyaluran bajet berkaitan keselamatan di Pantai Timur Sabah bagi mengintegrasikan kelengkapan sedia ada di ESSCom dengan teknologi keselamatan yang lebih canggih,” katanya kepada Bernama.

Mohd Zaki berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa sebuah bot tunda kosong dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Dent Haven, Tambisan, Lahad Datu pada Isnin dan polis tidak menolak kemungkinan kesemua lima anak kapal rakyat Malaysia yang menaiki bot tunda berkenaan telah diculik.

Sebelum ini, pada 9 Julai lepas, tiga rakyat Indonesia diculik lima lelaki bersenjata di perairan Felda Sahabat, Lahad Datu ketika mereka menjalankan aktiviti menangkap ikan.


Kejadian itu berlaku sebulan selepas empat warga Malaysia yang diculik lelaki bersenjata di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah, April lepas, dan dibebaskan pada 8 Jun lepas.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki berharap semua pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan perairan di ESSZone agar lebih berhati-hati dan melengkapkan aset milik mereka dengan aplikasi keselamatan yang lebih canggih supaya pihak keselamatan lebih mudah memantau, sekali gus menyegerakan tindakan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori