Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Status Ijazah Dipertikai,...

ANEH... Lebih sebulan Ahmad Faizal Azumu angkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang...

Tarikh PRN Johor Diketahui...

JOHOR BAHRU : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, tiba...

Polis Rakam Keterangan Penerbit,...

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai merakam keterangan penerbit dan enam...

Aplikasi E-Hailing cALLme Diperkenalkan...

PUTRAJAYA - Perkhidmatan aplikasi cALLme, sebuah platform e-hailing, akan diperkenalkan untuk semua teksi...

Facebook Perkenal Fungsi Terjemahan Pelbagai Bahasa

FACEBOOK selepas memperkenalkan sokongan video pendek pada gambar profil, kini mereka sedang mula menguji fungsi penterjemahan secara automatik.

Kemudahan terbaharu dan paling canggih ini sekali gus bakal membolehkan pengguna membaca terjemahan yang dipaparkan dalam bahasa pilihan pengguna itu sendiri.

Kaitan: Facebook Perkenalkan Video Pendek Jadi Gambar Profil

Rangkaian sosial utama itu pertama kali menyediakan ‘komposer pelbagai bahasa’ itu pada awal tahun ini untuk kegunaan di laman yang mewakili syarikat, jenama, kumpulan dan selebriti menerusi perkhidmatan Pages.

Laporan Inverse yang memetik kenyataan daripada pihak Facebook mengatakan, sokongan tersebut bakal disediakan untuk kegunaan umum tidak lama lagi.

“Pengguna kini boleh menghasilkan status tunggal dalam pelbagai bahasa, dan mereka yang bertutur dalam satu daripada bahasa berkenaan akan melihat status itu dalam bahasa pilihan sahaja.

“Ia sekali gus membolehkan orang ramai berinteraksi dengan lebih mudah dengan khalayak mereka yang pelbagai,” menurut syarikat itu.

Sebahagian daripada 1.5 bilion pengguna Facebook di seluruh dunia bertutur dalam bahasa selain Inggeris.


Antara faktor yang akan digunakan Facebook untuk menentukan bahasa apa untuk digunakan ialah lokaliti yang dinyatakan dalam penetapan akaun dan bahasa yang kerap digunakan bagi menulis status.

Facebook bercadang menggunakan paparan posting pelbagai bahasa untuk memperbaiki keupayaan terjemahan mesin itu dengan matlamat menghapuskan halangan bahasa di rangkaian sosial itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Phys.org

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori