PENGGUNAAN telefon bimbit memang menjadi hal yang wajib setiap hari kerana gajet itu dapat membantu anda agar komunikasi tetap berjalan dengan lancar.
Tanpa telefon pada zaman yang serba canggih ini pasti anda akan menjadi kelam kabut. Oleh sebab itu, telefon memang sudah menjadi keperluan harian yang amat penting untuk umat manusia.
Bercakap tentang telefon bimbit, tentu sekali kita bercakap tentang harganya. Ada telefon harganya murah di kelas entry-level, kelas mid-range, dan kelas yang paling mahal sekali high-end.
Namun, sama ada kelas paling bawah sehingga kelas tertinggi, tentu sekali pengguna telefon bimbit biasa dapat merasakan panasnya telefon bimbit yang keluar daripada gajet itu. Kenapa?
Berikut ada beberapa faktor yang terjadi telefon bimbit mengeluarkan haba dan cara mencegahnya:-
Telefon pintar akan mengeluarkan hawa panas, tetapi tidak sekali-kali akan panas namun perlahan-lahan ia menjadi panas. Jenis telefon bimbit yang murah atau mahal sekalipun, ia tidak dapat elak daripada panas.
Kenapa telefon boleh menjadi panas dan hingga terlalu panas yang timbul daripada telefon itu sendiri?
Jangan menggunakan telefon semasa dicas. Perbuatan itu boleh membuatkan bateri menjadi panas. Selain itu, anda juga tidak boleh membiarkan bateri telefon hingga ketiadaan bateri dan mati akibat tidak dicas.
Ini kerana amalan itu dapat memendekkan jangka hayat bateri tersebut. Bateri sebaiknya perlu dicas apabila baki kuasa sudah turun mencapai 30% bateri untuk diisi semula.
Sebenarnya dengan cara seperti ini, anda dapat memanjangkan usia bateri itu. -MYNEWSHUB.CC