Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pilihan Raya Umum Ke-14...

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal tiba tidak lama lagi,...

8.7 Juta Keluarga Malaysia...

MUAR : Sejak diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022, inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah...

Siasatan Pesawat Terhempas Tiada...

IPOH - Siasatan berhubung dakwaan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar pada...

Dr Yaakob Sapari Di...

KUALA LUMPUR - PKR dijangka mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota...

Fama Sasar Jualan RM4.2 Juta Sempena Aidilfitri Di 22 Lokasi

TELUK INTAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan jualan RM4.2 juta daripada penganjuran Karnival Industri Asas Tani (IAT) bersempena Aidilfitri yang kini berlangsung di 22 buah lokasi.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata sasaran itu yakin dicapai berdasarkan nilai jualan pada tahun lepas sebanyak RM2.5 juta menerusi penyertaan di 11 buah lokasi berbanding 22 lokasi pada tahun ini.

“Untuk tahun ini, sebanyak 421 peserta seluruh negara menyertai IAT sempena Aidilfitri dan dalam usaha meningkatkan jualan, produk yang dihasilkan akan kita pastikan ia berkualiti, pembungkusan lebih menarik, terjamin bersih dan halal.

“Ini kerana kita mahu hasil produk usahawan kita setanding dengan produk sedia ada di pasaran selain mampu menembusi pasaran antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival IAT peringkat negeri di Dataran Menara Condong di sini hari ini. Turut hadir Pengarah FAMA Perak, Basri Jasmo.

Ahmad berkata, FAMA telah berjaya melahirkan sebanyak 6,000 usahawan IAT di seluruh negara dalam usaha memperkasakan ekonomi mereka selain menyumbang kepada agenda pembangunan negara khususnya dari segi peningkatan ekonomi dan pembangunan usahawan serta menangani kos sara hidup rakyat.

“Kita sering membimbing usahawan ini agar mereka dapat ‘menaiktarafkan’ jualan PKS mereka daripada paras 1 sehingga ke paras 6, pengukuran dari segi nilai jualan.

“Ini kerana buat masa ini kira-kira 90 peratus usahawan kita masih berlegar dalam paras PKS 1 iaitu jualan tidak melebihi RM100,000 setahun,” katanya.


Bagi karnival IAT di Dataran Menara Condong sejak diperkenalkan 10 tahun lalu, katanya setakat ini telah mencatatkan jualan bernilai RM4,026,120 membabitkan 247 peserta.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sasaran jualan hasil penganjuran 274 pasar tani khas pra-Syawal seluruh negara selama enam hari hingga Selasa ini (5 Julai), Ahmad berkata pihaknya menjangkakan kira-kira RM50 juta akan dicatatkan.

“Kita wujudkan pasar tani khas sempena raya ini dengan membawa jualan para pengusaha, petani dan penternak terus kepada pengguna dengan harga berpatutan dan antara 5 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran semasa,” katanya.

Untuk rekod, nilai jualan pasar tani FAMA seluruh negara mencatat perolehan hasil keseluruhan RM1 bilion setahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori