MANILAÂ – Kerajaan Filipina semalam mengalu-alukan kejayaan dalam perangnya terhadap dadah sementara polis mengesahkan membunuh hampir 200 orang dalam kempen selama dua bulan.
Kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden, Rodrigo Duterte menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil kesempatan terhadap kempen antidadah itu.
Kenyataan yang ditandatangani oleh jurucakap presiden, Martin Andanar itu berjudul ‘Kempen antidadah satu kejayaan.’
Kenyataannya itu dikeluarkan selepas polis mengesahkan anggotanya membunuh sekurang-kurangnya 192 orang yang mereka dakwa terbabit dalam kegiatan dadah, dari 10 Mei hingga 10 Julai.
Duterte menang besar dalam pilihan raya presiden pada 9 Mei lalu dengan kempen untuk menghapuskan jenayah dalam masa enam bulan dan mengarahkan anggota keselamatan menembak suspek dengan tujuan untuk membunuh. – Agensi/myMetro Online