TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba muncul dakwaan menyatakan bahawa pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra telah berkahwin lagi.
Gosip panas itu bagai disahkan lagi apabila gambar pernikahan mereka tersebar menerusi aplikasi WhatApps.
Menerusi gambar tersebut, seorang lelaki mirip Adi dilihat sedang mengucup dahi seorang wanita. Masing-masing lengkap menyarungkan busana pengantin.
Sementara itu, seorang sumber kepada Astro Gempak mendedahkan isteri kedua pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu merupakan seorang pegawai di jabatan kerajaan dan seorang janda anak satu.
Difahamkan, wanita berusia 33 tahun itu merupakan rakan kongsi perniagaan Adi Putra sejak setahun lalu.
Majlis perkahwinan ini dikatakan berlangsung di kediaman pengantin perempuan baru-baru ini.
Sementara itu, isteri Adi Putra iaitu Aida Yusof, 41, dilaporkan tidak tahu menahu berita perkahwinan suaminya itu.
Pun begitu, Aida enggan mengulas lanjut dan menyerahkan Adi untuk menjelaskan hal itu. Manakala, Adi Putra pula gagal dihubungi.
Jika benar berita ini, sama-sama kita nantikan penjelasan aktor kacak ini. – MYNEWSHUB.CC