Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anak Princess Leia Dapat...

ANAK kepada mendiang Carrie Fisher yang terkenal sebagai watak Princess Leia dalam francais...

Hukuman Penggantungan Sazali Kekal...

KUALA LUMPUR - Hukuman penggantungan selama empat tahun yang dikenakan ke atas jaguh...

Hati-Hati, Lelaki Arab Ini...

SEORANG wanita tertipu dengan seorang lelaki Arab yang berpura-pura alim dengan menawarkan pelbagai...

Imam Hawaii Cabar Larangan...

HONOLULU - Peguam Negara Hawaii, Doug Chin mengemukakan saman ke atas larangan perjalanan Presiden...

Gangguan Bekalan Air Bersih Di KL

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara sedang mengalami gangguan bekalan air sementara akibat gangguan mekanikal dan elektrik di Rumah Pam Air Segambut di sini.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada pukul 8 malam ini.

“Segala usaha akan dilaksanakan untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dengan secepat mungkin. Bekalan air di kawasan terlibat akan pulih secara berperingkat selepas kerja pembaikan siap,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amin Lin berkata, kawasan terlibat adalah Segambut Dalam, Segambut Tengah, Segambut Bahagia, Taman SPPK Segambut, Jalan Segambut, Taman Segambut, Taman Bukit Segambut, Bukit Prima Pelangi, Taman Sri Sinar, Taman Sri Bintang, Langgak Tunku, Istana Negara dan Jalan Tun Sambanthan.

Kata beliau, turut terjejas kawasan Jalan Sultan Abd Halim (Jalan Duta), Persiaran Duta, Taman Tunku, Sentul Pasar, Bandar Baru Sentul, Batu Kentonmen, Taman Pelangi, Jalan Ipoh Bt3 – Bt5, Taman Dato Senu, Kampung Perwira, Jln Kepong Lama dan Taman Batu.


“Sebahagian Jalan Bandar Dalam, Kampung Chubadak, Taman Kok Lian, Kampung Sri Batu, Taman Kaya, Taman Rainbow, Taman Eastern, Kampung Medan Wira Utama, Taman Impian, Taman Bamboo, Taman Tasik Indah dan Taman Flora Impian turut mengalami masalah bekalan air.

“Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori