Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Menteri Agama, Adakah...

SELEPAS 12 hari berkuasa, rakyat Malaysia khasnya umat Islam tentu ada tertanya-tanya apakah...

Anjur Seminar Percukaian Kebangsaan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan...

Kelantan Umum Bantuan Khas...

KOTA BHARU : Kelantan mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri bernilai RM1,000 kepada kakitangan...

Penetapan Warna Stoking Masih...

PETALING JAYA - Penetapan warna stoking pelajar sekolah akan diputuskan selepas perbincangan dengan...

Gani Patail Nafi Terlibat Parti Baharu Ditubuh Dr. M

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan pembabitannya dalam parti baharu bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, selepas namanya tersenarai antara barisan kepemimpinan tertinggi parti itu yang menjadi viral melalui media sosial termasuk Facebook dan Twitter semalam.

“Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.

“Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional,” kata Abdul Gani menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

Senarai barisan kepemimpinan tertinggi parti politik baharu yang dikatakan bakal dibentuk Dr. Mahathir antara lain menyenaraikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai presiden manakala bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai tim­balannya.

Sementara naib presiden terdiri daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ib­rahim; bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz turut dinamakan sebagai bendahari dan bekas Naib Ketua UMNO Ba­hagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memegang jawatan setiausaha agung.


Abdul Gani disenaraikan sebagai ahli Majlis Tertinggi, yang turut dibarisi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim; bekas Ke­tua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Abdul Gani, beberapa pemimpin lain termasuk Abdul Wahid, Ibrahim, Rafidah dan Khairuddin dilapor turut menafikan pembabitan mereka dalam parti itu dengan menyifatkan penyenaraian nama mereka sebagai sesuatu yang karut, palsu dan mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang kurang bijak serta berhati jahat.

Pada Khamis lepas, Dr. Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 akan datang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori