Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Masyarakat India Perlu Ada...

LANGKAWI – Masyarakat India perlu mempunyai ‘nambike’ atau kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN)...

Pulau Misteri Kini Dipenuhi...

NUKU ALOFA - Sebuah pulau misteri yang muncul selepas berlaku letusan gunung berapi...

Anwar Saman Khairy Fitnahnya...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi...

Majlis Hari Lahir, Tukar...

VIRAL di media sosial sejak semalam rakaman memaparkan seorang kanak-kanak dan wanita sedang...

Gara-Gara Kabali, Semua Premis Di Chennai Tutup

CHENNAI – Mungkin tidak terbayang di benak anda, hanya kerana tayangan sebuah filem mampu membuatkan sebahagian besar pejabat dan institusi di sebuah kota terpaksa ditutup lebih awal.

Bagaimanapun itulah terjadi di Chennai, ibu negeri Tamil Nadu dan bandar raya terbesar wilayah selatan India itu ketika tayangan perdana filem terbaharu Kabali yang dibintangi aktor terkenal Rajinikanth pada 22 Julai.

Jutaan penduduk lebih rela beratur di luar pawagam sejak lewat Khamis bahkan tiket filem ini sudah habis sebelum ditayangkan. Hasilnya banyak tiket dijual di pasar gelap dengan harga 5,000 rupee (kira-kira RM300) sekeping.

Di Tamil Nadu yang memiliki 73 juta penduduk, nama Rajinikanth, aktor veteran berasal dari Bangalore dan berusia 65 tahun itu sangat dipuja bak dewa, malah penduduknya menyebut beliau dengan panggilan ‘The Superstar’.

Sebahagian besar penduduk dilaporkan agensi berita antarabangsa AFP sanggup memotong rambut mereka mirip dengan model idola itu dan tidak sedikit berbangga memiliki tato bergambar wajah Rajinikanth di lengan sendiri.

Di Chennai atau dahulunya disebut Madras, peminat tegar bahkan menyalakan lampu pelita, meletakkan manisan dan menuangkan air susu pada poster raksasa yang mempromosikan filem terbaharu bintang filem Tamil itu.

Perilaku unik tersebut diambil berdasarkan daripada amalan lazim ritual upacara sembahyang penganut Hindu di India ketika mahu memandikan patung-patung dewa pujaan mereka dengan menggunakan susu lembu.

Begitu besarnya pengaruh bintang tersebut sehingga banyak membuatkan pekerja kilang di Chennai, yang dikenali sebagai pusat teknologi maklumat terbesar India itu, meminta cuti pada Jumaat ini agar dapat menonton Kabali.

Akibatnya, ekoran ramainya pekerja yang memohon cuti tahunan secara serentak, maka banyak kilang waima pejabat swasta di Chennai yang akhirnya memilih untuk langsung tidak beroperasi sepanjang Jumaat ini.

kabali1

“Kisah filem ini memang terlalu bagus serta sangat emosional,” ujar salah seorang penggemar cereka Tamil yang enggan dikenali dan baharu sahaja menyaksikan filem tersebut di salah sebuah pawagam di Chennai.


Seorang penggemar lain di bandar raya Mumbai, ibu negeri Maharashtra; kira-kira 1,337 kilometer dari sini pula menyebut filem Kabali luar biasa bagus dan sangat tidak mengecewakan sesiapa sahaja yang menontonnya.

“Ada emosi, ada pertarungan, ada semua aksi di dalam filem ini yang memang diharapkan para peminat Rajinikanth dan ada momen ketika saat para penonton bertepuk tangan dan bersiul secara spontan,” kata penggemar itu.

Rajinikanth pernah bekerja sebagai konduktor bas di Bangalore, sebelum berpindah ke Chennai; kira-kira 346 kilometer dari situ pada 1973 hanya semata-mata untuk mengejar cita-citanya menjadi sebagai anak wayang.

Filem terakhirnya, genre sains fiksyen Endhiran, adalah salah satu filem dengan kutipan paling tinggi di India apabila memperoleh sebanyak AS$13.8 juta di seluruh dunia, termasuk AS$4.4 juta di Amerika Syarikat.

Kejayaan Rajinikanth sendiri mengukuhkan impian industri filem berbahasa Tamil atau kerap disebut Kollywood menembusi pentas dunia selain bersaing dengan Bollywood yang merujuk filem berbahasa Hindi keluaran Mumbai.

Chennai sendiri kini sudah dikenali sebagai salah satu kota perfileman di India, dengan ratusan buah studio filem berdiri megah di daerah Kodambakkam sehingga mencipta pengaruh dalam banyak sektor termasuk politik.

Industri filem di Tamil Nadu sendiri memang aktif. Banyak tokoh terkenal di negeri itu yang berasal daripada industri filem, termasuk menteri Jayalalitha Jayaram, yang dahulunya ialah aktres. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori