Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DBKL Sedia Platform Anak...

KUALA LUMPUR - Menyedari minat dan potensi belia dalam bidang muzik, Dewan Bandaraya...

MIC Mesyuarat Esok Tentukan...

PETALING JAYA : MIC tanding PRU15 atau tidak diketahui esok.Ikuti Mynewshub: TelegramPerkembangan ini menyusuli...

Jordan Tegas Putus Tamat...

JORDAN akan berdepan krisis diplomatik dengan negara Zionis Israel ekoran tindakan negara Arab...

Empat Lelaki Warga Afrika...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki warga Afrika ditahan dalam operasi Ops Lusuh oleh...

Gemar Masakan Isteri, Farid Kamil Sanggup Berlapar

PELAKON Diana Danielle mengakui dirinya masih dalam proses mempelajari pelbagai jenis masakan kerana suaminya, Farid Kamil lebih gemar menikmati hidangan yang dimasak sendiri berbanding yang dijual di kedai.

Diana juga mengakui Farid mempunyai tabiat sanggup berlapar semata-mata untuk makan masakan di rumah yang dimasak olehnya.

“Saya masih belajar untuk memasak pelbagai jenis masakan kerana Farid lebih enjoy masakan di rumah dan dia juga sanggup menahan lapar sebab nak makan apa yang kita masak di rumah.

“Biasanya kalau dia pergi kerja, dia akan makan dahulu di rumah. Tapi apa yang saya risau, kadang-kadang dia sehari suntuk di tempat kerja tetapi tak makan sebab nak makan di rumah.

“Sebagai isteri saya kena hormatkan dia dan berasa dihargai apabila dia makan masakan saya dengan penuh selera,” katanya kepada Astro Gempak.


Menurut Diana, Syawal kali memberikan kelainan kepada dia dan Farid dengan kehadiran anak kedua mereka, Nur Aurora.

“Syawal kali ini saya lebih teruja kerana ada Aurora. Dia baru berusia 7 bulan dan ini kali pertama dia beraya. Tak sabar nak tengok reaksi dia nanti,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori