Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fahmi Reza Didakwa Lagi...

KUALA LUMPUR – Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza yang sebelum ini didakwa...

Permata Pintar Buka Peluang...

LONDON - Khoo Jia Hui, pelajar kumpulan perintis program Permata Pintar, yang sedang...

Lelaki Ini Minum Air...

PELIK tapi benar. Seorang lelaki warga China melakukan amalan jijik lagi meloyakan dengan...

63 Atlet N.Sembilan Sertai...

SEREMBAN - Seramai 63 atlet Negeri Sembilan membantu negara muncul juara keseluruhan temasya...

Golongan Muda Digalakkan Menderma Darah

TAWAU – Kesedaran menderma darah dalam kalangan generasi muda perlu dilakukan secara berterusan bukan sahaja bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di hospital tetapi untuk menyemai pelbagai nilai positif dalam diri golongan berkenaan.

Gabenor Daerah Lions Club International, Eve Wong berkata perbuatan menderma darah adalah amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri tetapi paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa.

Katanya, kerjasama antara badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan swasta juga harus diperluas bagi meningkatkan kesedaran rakyat terutamanya generasi muda tentang kepentingan menderma darah.

“Kita perlu saling tolong-menolong dalam memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai kepentingan menderma darah kerana ia adalah salah satu cara terbaik dalam membantu orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Ceramah, Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah 2016 dengan kerjasama Hospital Besar Tawau dan SM St. Holy Trinity di sini hari ini.

Pada program itu, kira-kira 100 orang yang terdiri daripada ibu bapa pelajar, guru dan orang ramai, khususnya golongan muda yang layak, tampil menderma darah.


Mengulas mengenai program berkenaan, Wong berkata ianya bukan sahaja bertujuan memberi kesedaran kepada golongan muda menderma darah secara konsisten tetapi juga membantu Hospital Besar Tawau yang kini menghadapi masalah kekurangan bekalan darah yang kritikal.

Katanya program itu dianjurkan Lions Club setiap tahun dan berharap agar lebih ramai tampil membantu mengatasi masalah kekurangan darah yang kritikal di hospital untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa yang memerlukan.

Pada program itu, seorang bekas pelajar sekolah SM St Holy Trinity, Koh Kai Leong, menyumbang sebanyak RM10,000 untuk membiayai keperluan sekolah berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori