Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KPM Siasat Dakwaan Kertas...

NILAI - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku kebocoran soalan...

AirAsia Kemuka Surat Tuntutan...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd telah menyerahkan surat tuntutan berjumlah RM409 juta kepada...

Terkandas Di Korea: Den...

BAGAIKAN 'musim' pula apabila kebelakangan ini ramai artis dan selebriti yang ditipu oleh...

Oldtown White Coffee Jamin...

OLDTOWN White Coffee menolak semua khabar angin dan dakwaan bahawa produk-produk kami mengandungi...

Griffiths Pemain Import Pertama Dilepaskan FAP

GEORGE TOWN – Pemain pertahanan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dari Australia, Brent Griffiths telah memohon untuk dilepaskan bagi beliau meneruskan kariernya dalam Liga Australia pada masa akan datang.

Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berkata pihak persatuan dan pemain telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontraknya dan membenarkan beliau pulang ke Australia, Isnin ini.

“FAP mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan beliau semasa bersama FAP,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu mengikat kontrak bersama FAP sejak awal tahun lepas dan ekoran prestasinya yang tidak menentu telah menjadikan namanya antara yang disebut-sebut untuk digugurkan pihak pengurusan FAP.


Sumber dalaman berkata FAP sedang dalam proses perbincangan untuk memuktamadkan proses pengambilan dua pemain import baharu, Ranti Martis dari Nigeria dan seorang pemain warga Korea.

Martins, yang sedang menjalani proses ujian bersama FAP, merupakan penjaring gol terbanyak Liga India dan kontraknya bersama East Bengal tamat Mei lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori