BAGAI tiada kesudahan, seorang lagi guru hari ini tampil membuat penafian atas tuduhan seorang pelajar perempuan di SMK Batu Gajah, Kelantan telah ditampar gara-gara mencukur kening.
Penafian oleh guru tersebut yang menggunakan akaun Asiah Nana di laman Facebook, dilakukan dalam satu muat turun komen yang jelas menyatakan bahawa insiden itu berlaku bukan kerana kes cukur kening tetapi gara-gara pelajar terbabit memakai baju dan seluar ketat ke sekolah.
Kaitan: ‘Terima Kasih Ustazah Kerana Tampar Kepala Anak Saya’
Baca: Pelajar Ditampar Guru Pernah Cedera Jatuh Bilik Air
Juga: Kakak Nursyahida Jawab Isu Kening, Gambar ‘Lama’ Di Wad
“Di hadapan ramai pelajar, depan guru-guru disiplin lelaki dan pengetua sendiri, dah la pakai baju ketat seluar ketat, bila cikgu tengking… menengking cikgu, menjawab mulut, kita tegur kes seluar baju ketat, balik cerita dekat ayah cikgu marah pasal cukur kening, itu manusia normal ke?†komennya.
Dalam pada itu, guru terbabit turut menyifatkan bahawa pelajar perempuan tersebut sentiasa menyusahkan guru-guru di sekolah kerana perangainya.
“Budak ini sentiasa menyusahkan guru di sekolah, ponteng kelas, gewe, kaki gaduh, melawan guru, sentiasa pakai pakaian menjolok mata, ketat, tudung pendek, seluar ketat, pakai lipstik dan lain-lain, kalau hari Rabu kokurikulum berbulu mata tengok,†ujarnya.
Terdahulu, seorang individu dikenali sebagai Md Sukhairi Osman turut berpandangan sama dengan mengatakan pelajar perempuan tingkatan 3 itu ditampar gara-gara mempunyai masalah disiplin. – MYNEWSHUB.CC