Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Juara Snuker Dunia Kotakan...

MARK Williams mengotakan kata-katanya kepada dunia dan meraikan kemenangannya merangkul gelaran Kejuaraan Snuker...

SSM Anjur Persidangan Kebangsaan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan Persidangan Kebangsaan SSM kali ke...

Nazmi Faiz Bersyukur Dapat...

KUALA LUMPUR - Bekas pemain Selangor, Muhamad Nazmi Faiz Mansor berasa syukur kerana...

KKM Sangsi Biji Rambutan...

KUALA LUMPUR - Tiada rujukan ilmiah menyatakan bahawa biji buah rambutan adalah ubat...

Hafidz Mahu Elak Babak Bersentuhan Ketika Berlakon

SETELAH bertukar status bergelar suami, pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan dia ingin mengelak untuk berlakon sebarang babak bersentuhan selepas ini.

Menurut hero Tundukkan Playboy Itu, tindakannya itu bukan sahaja mahu menjaga hati isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri tetapi juga menjalankan tanggungjawab selaku umat Islam.

“Kalau boleh saya ingin mengelak melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama. Bukan setakat untuk menjaga hati isteri semata-mata, tetapi untuk menjadi umat Islam yang lebih baik di sisi Allah.

“Saya juga percaya pengarah sekarang lebih kreatif dan bijak untuk menonjolkan babak suami isteri tanpa perlu bersentuhan pun,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita mengenai kehidupannya kini, Hafidz mengakui dia kini semakin bahagia dan sedia menimang cahaya mata.


Hafidz mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada pada 30 April lalu.

Dalam pada itu, Hafidz kini sedang mengintai peluang projek-projek filem pula. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori