Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Harga Kereta Tak Semestinya...

PETALING JAYA - Harga kereta tidak semestinya akan turun selepas pelaksanaan Cukai Barangan...

Dewan Rakyat Lulus Pindaan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Pindaan) 2015 diluluskan oleh...

CDC Komited Tangani Gejala...

PETALING JAYA - Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) menyatakan komitmen dalam usaha...

Bela Harimau Untuk Takutkan...

POKOK SENA - Setiap pengunjung yang datang ke rumah Azizah Saad, 52, di...

Haiza Tak Galakkan Anak Ceburi Bidang Nyanyian

PENYANYI dan penyampai radio, Haiza atau nama sebenarnya Rohaiza Nordin, 36, mengaku tidak mahu mengetengahkan anak lelakinya, Nur Iman Syafie, 4, dalam bidang seni walaupun anaknya itu mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.

Menurut Haiza, sebagai ibu dia mahu Iman menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada anaknya itu.

“Iman suka menyanyi dan saya lihat dia ada bakat yangbesar dalam bidang nyanyian. Tetapi, dia masih kecil dan belum boleh memahami perkara dalam industri seni negara kita.

“Buat masa ini, saya mahu Iman menjalani kehidupan normal dan biarlah nyanyian menjadi hobinya. Lagi pun, tahun depan dia akan masuk ke tadika,” katanya kepada mStar Online.

Haiza juga menjelaskan bahawa dia tidak akan menghalang jika anaknya itu benar-benar mahu menjadi seorang penyanyi tetapi perlu mempunyai arah tujuan yang betul. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori