PELAKON Almy Nadia sering menerima kutukan dan kritikan daripada peminatnya kerana bentuk tubuh badannya sendiri yang semakin berisi sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun dia kini tidak mengambil pusing sebarang kutukan dan kritikan yang diberikan kepadanya kerana dia mahu menjalani hidupnya dengan bahagia.
“Sekarang ini saya tak mahu ambil pusing kata-kata negatif dan kutukan yang diberikan kepada saya. Memang badan akan naik semasa hamil dan saya terima hakikat itu dengan hati terbuka.
“Saya tak kisah apa orang nak cakap, yang penting saya bahagia dengan keluarga saya.
“Saya juga tak mahu menyekat pemakanan saya demi memuaskan hati pihak tertentu. Kesihatan bayi dalam kandungan adalah lebih penting dari segalanya,” katanya kepada BH Plus.
Almy kini sedang hamil enam bulan anak kedua hasil perkahwinannya bersama Fizz Fairuz. – MYNEWSHUB.CC