Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jumlah Dagangan Pada Februari...

KUALA LUMPUR – Jumlah dagangan pada Februari 2019 menurun 7.2% kepada RM122.1 bilion...

Shahrir Samad Dituduh Gagal...

KUALA LUMPUR - Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad mengaku tidak bersalah terhadap 1...

Mangsa Banjir Di Melaka...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Alor Gajah dekat sini meningkat kepada 210...

ESSCom Sahkan Terima Laporan...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesahkan bahawa Polis...

Hanez Suraya Mahu Tinggalkan Dunia Lakonan?

SEJAK mendirikan rumah tangga boleh dikatakan jarang kita lihat Hanez Suraya muncul dalam mana-mana drama terbaharu.

Bercerita mengenai perkembangan dirinya, Hanez Suraya memberitahu dia kini mahu memberi sepenuh tumpuan kepada keluarganya.

Dia juga mempunyai perancangan beralih kepada perniagaan sebagai persediaan meninggalkan dunia seni. Tambahan pula, hasrat tersebut turut disokong suami tercinta, Romie Razin Adilha.

Hanez Suraya Mahu Tinggalkan Dunia Lakonan?

“Sebagai isteri, saya akur kehendaknya untuk memberi perhatian kepada keluarga terutama sejak Putri Aleesya dilahirkan. Ikutkan memang rindu mahu kembali berlakon tetapi mengenangkan anak yang masih kecil, hasrat itu saya lupakan.

“Walaupun mempunyai pembantu, hal berkaitan anak saya mahu lakukan sendiri termasuk menyuapkan makanan, memandikan dan mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.


“Cuma saya tidak mahu cakap akan bersara sekarang kerana takut tiba-tiba ada tawaran berlakon dan saya menerimanya. Mungkin apabila anak sudah besar sedikit, saya boleh pertimbangkan soal kembali berlakon. Sekarang, biarlah saya berkorban dulu.

“Buat masa ini, suami galakkan saya ceburi bidang perniagaan. Tetapi apa bisnes yang bakal saya ketengahkan masih dalam perincian,” katanya kepada Berita Harian.

Hanez mendirikan rumah tangga bersama Romie sekitar Mac tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori