Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Potong, Makan Ibu...

PENGUNJUNG pusat peruncitan Wilko di Sheffield, United Kingdom berhadapan situasi mencemaskan bila mana...

Lebih Banyak Warga Indonesia...

KUCHING – Lebih banyak warga Indonesia menjalani rawatan perubatan di hospital swasta di...

`Parti Amanah Negara For...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) memberi jaminan akan menjadi sebuah parti...

PAN Gelar Azmin Badut,...

IBARAT hukum karma, tentu ramai masih ingat bagaimana geng Azmin Ali 'serang' Tan...

Hantu-Hantu ‘Ghostbusters’ Berkeliaran Di Sunway

PADA 14 Julai, bersempena tayangan perdana filem The Ghostbusters, Taman Tema Air Sunway Lagoon telah membuat pelancaran rasmi tarikan terbarunya iaitu The Ghostbusters Adventure Live! di Scream Park.

Jika anda ke sini satu benda yang semua perlu tahu, hantu-hantu di sini tidak akan sentuh anda sekiranya anda tidak menyentuh hantu tersebut!

Sunway Lagoon meneruskan kolaborasi dengan Lynton V Harris & The Sudden Impact! Entertainment Company, untuk membawa tarikan terbaru ini ke Malaysia.

Perjalanan ngeri tetapi menghiburkan yang mengambil selama 15 minit cukup untuk menaikkan adrenaline tanpa membuat anda dikejarkan ke hospital.

Buat pengetahuan anda, tarikan terbaru Sunway Lagoon – Ghostbusters Advenure Live merupakan taman tema yang pertama, bukan sahaja di Asia, malah di dunia yang seumpama dengannya! Pengembaraan ini diletak di seluruh tingkat atas Scream Park dan membawa pelawatnya melalui pelbagai lokasi yang berdasarkan pelancaran semula filem seperti Seward Street, Old Zhu’s Chinese Restaurant dan Mercado Hotel.

Sempena pembukaan Ghostbusters Adventure Live, Sunway Lagoon juga melancarkan peraduan ‘Spend and Win’ di mana rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas berpeluang untuk membawa pulang sebuah Proton Iriz yang baharu jika mereka berbelanja RM300 atau ke atas dalam satu resit.

Harga tiket hanyalah RM150 bagi pengunjung yang berusia 12 tahun ke atas manakala RM120 bagi pengunjung yang berumur bawah 12 tahun.

Hantu-Hantu 'Ghostbusters' Berkeliaran Di Sunway
Ghostbusters Adventure Live

REVIEW FILEM GHOST BUSTER 2016

Sejak tahun 2014, filem Ghostbuster dipapar dengan pelbagai jenis troll mengenai penukaran jantina watak dan kesan CGI-nya.


Babak pembukaan filem ini membuktikan ia mengikuti gaya Ghostbusters original tahun 1984 di mana ia menakutkan tapi mempunyai elemen kelakar yang lebih luas daripada filem original.

Berlainan sedikit daripada Ghostbusters 1984, watak penyambut tetamu, Chris Hemsworth, mempunyai lebih dialog dan lebih penglibatan dalam filem ini sambil menyumbangkan kepada aspek kelawakan.

Apa yang boleh dikaitkan dengan filem original adalah watak antagonis-nya di mana kemunculan dan aksinya boleh diperbandingkan dengan ‘Stay Puft Marshmellow Man’.

Filem ini mempunyai gaya dan bentuk cerita yang berlainan daripada francais original tetapi cukup menghiburkan dan akan memberi kesan terhadap peminat tegar dan peminat baru. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori