Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Fara Fauzana, Maza Juri...

KUALA LUMPUR - Personaliti radio, Fara Fauzana meletakkan dirinya sebagai penonton untuk menilai...

JKM Beri Kaunseling Kepada...

KUNDASANG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberi khidmat kaunseling kepada 56 mangsa...

Terowong Dasar Laut: Dua...

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang sudah menghantar surat peringatan kepada dua agensi penting...

Jurulatih Tomoi Dipenjara Lapan...

SHAH ALAM - Seorang jurulatih tinju tomoi dan peniaga masing-masing dihukum penjara lapan...

“Haramkan Pokemon GO” – Imam Dakwa Ia Melalaikan

BARU beberapa hari dilancarkan, permainan Pokemon Go sudah berjaya mencetuskan fenomena luar biasa hingga menjadi kegilaan seantero dunia.

Melihat situasi itu, sebuah pertubuhan Imam di Turki menggesa pihak berkuasa negara itu mengharamkan permainan ‘memburu’ raksasa digital itu kerana disifatkan bertentangan dengan ajaran Islam.

Pengerusi Ke­satuan Imam Diyanet-Sen, Mehmet Bayraktutar berkata, Pokemon Go juga sebenarnya merupakan senjata negara Barat untuk melalaikan orang Islam.

“Saya mengutuk permainan ini dan mahu Pokemon Go diharamkan di Turki,” katanya.

Dakwanya, permainan itu boleh menjejaskan nilai murni dan kesucian rumah ibadah apabila pemain aplikasi ber­kenaan memasuki masjid semata-mata mencari raksasa berkenaan.


Sementara itu, Kementerian Kesihatan Turki telah memberi amaran tegas kepada pemain aplikasi Pokemon Go agar mereka sentiasa menjaga kesihatan diri.

“Jangan keluar pada waktu panas terutamanya pada waktu tengah hari,” jelas kementerian itu menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Facebook. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori