Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Selangor Tak Bubar DUN...

Amiruddin Shari hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Nnegeri (DUN)...

Guru Harus Kritis Fikiran...

KANGAR - Guru atau pendidik harus kritis serta mampu berfikir kelas dunia bagi...

Siasatan Dalaman FGV Akan...

KUALA LUMPUR – Felda Global Venture Holdings Bhd. (FGV) mengumumkan penubuhan panel dalaman...

Produk Baharu KFC Akan...

KUALA LUMPUR - Restoran rantaian makanan segera KFC Malaysia menjangkakan produk terbaharunya, Butter...

Harga, Bekalan Makanan Terkawal Musim Raya Ini

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 28,171 premis diperiksa di seluruh negara sehingga semalam sejak Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa dilaksanakan pada 16 Jun lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Jamil Salleh berkata jumlah itu merangkumi 972 premis kategori borong dan 27,199 premis kategori runcit.

“Sehingga semalam, kami rekodkan 369 kes di seluruh negara dengan nilai rampasan RM34,757.52 dan nilai kompaun RM49,740,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pasar Borong Selangor dan Pasaraya Aeon di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Penguatkuasa kementerian Roslan Mahayudin.

Jamil berkata aduan yang diterima daripada orang ramai pula turun dari 40 ke 33 kes tahun lalu.


“Ini kerana secara keseluruhannya harga masih terkawal, malah ada harga yang ditawarkan rendah dari yang ditetapkan. Misalnya, harga ikan Kembung ditetapkan RM11 tapi dijual RM9.

“Ini hasil daripada usaha penguatkuasaan secara tegas yang dijalankan terhadap pemborong sebelum mereka menghantar barang-barang ke premis-premis untuk dipasarkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori