Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Krisis MB: ‘Cukup La…’...

PETALING JAYA - PAS Selangor menegur kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP...

Henti Sebar Berita Palsu...

KUALA LUMPUR - Istana Negara memandang serius terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang...

Kerajaan Boleh Beri Bantuan...

PONTIAN - Kerajaan berhak untuk memberi bantuan kepada rakyat pada bila-bila masa, termasuk...

Berkat Doa Ibu, Anak...

SEBAIK saja kita memasuki kawasan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh,...

Harga Runcit Petrol Pada Ogos Kekal, Diesel Naik 10 Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 bagi bulan Ogos kekal seperti pada bulan lepas, manakala diesel mengalami kenaikan sebanyak 10 sen berkuat kuasa mulai tengah malam 1 Ogos.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia, Datuk Alang Zari Ishak ketika mengesahkan perkara itu berkata harga runcit bagi RON95 kekal RM1.75 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM2.10 seliter.

“Bagaimanapun harga runcit yang baharu untuk minyak diesel pula dinaikkan hanya sebanyak 10 sen kepada RM1.70 seliter,” kata beliau lagi ketika dihubungi oleh Bernama di sini pada lewat Ahad.

Maklumat tersebut sekali gus menafikan dakwaan jahat oleh pihak tidak bertanggungjawab menerusi media sosial tempatan bahawa konon kerajaan akan menaikkan harga minyak petrol untuk bulan Ogos.


Pada awal bulan Julai, harga runcit petrol untuk kedua-dua jenis RON da diesel buat pertama kali mengalami kenaikan sejak April lalu apabila ketiga-tiga bahan berkenaan naik 5 sen berkuat kuasa 1 Julai.

Harga runcit untuk petrol sejak April lepas ialah masing-masing RM1.70 seliter bagi RON95 dan RM2.05 bagi RON97 manakala minyak diesel dijual dengan harga RM1.55 seliter. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori