Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pegawai Polis Direman Bantu...

IPOH – Seorang pegawai polis di sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di...

Lelaki Hilang, Disyaki Dibaham...

Malang memang tak berbau! Penduduk rumah panjang di Kem Siang Trading terkejut apabila...

Mahkamah Tidak Boleh Paksa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah tidak boleh memaksa Peguam Negara untuk memulakan apa-apa prosiding...

Trend Zaman Sekarang…Gaduh Sambil...

ALAHAI...nak tergelak pun ada kami melihat video pergaduhan ini.Tapi itulah hakikat yang perlu...

Harinder Raikan Ramadan & Syawal Pertama Penuh Ceria

INGAT lagi Harinder Singh Pal?

Lelaki kelahiran India ini menjadi perhatian ramai setelah melafazkan Syahadah pada 14 April lalu.

Harinder menerima Islam dan mengisytiharkan lafaz Kalimah Tauhid ketika menghadiri program ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Harinder kini menggunakan nama Islam Harry Joharry.

Entri terbaharu Facebook Harry sempena pengalaman Ramadan dan Syawal pertama selepas Syahadah sangat menyentuh rasa.

Harinder Raikan Ramadan & Syawal Pertama Penuh Ceria

Walaupun dikongsi dengan foto-foto sweet and fun bersama keluarga angkat – kita terharu kerana ini kali pertama Harry melalui detik-detik menunaikan #RamadanBulanPerjuangan dan #SyawalBulanKemenangan.

Entri Facebook Harry bermula dengan ucapan kemaafan kerana lewat mengemas kini status.

Harinder Raikan Ramadan & Syawal Pertama Penuh Ceria

“Ramadan tahun ini satu memori berharga buat saya kerana saya berpuasa, iftar dan berterawih di masjid,” katanya.


Selain itu, Harry berkongsi keterujaan mengerjakan Solat Tahajud setiap malam sepanjang Ramadan pertama dalam hidupnya.

“Terima kasih kepada rakan-rakan terdekat, juga saya bersyukur kerana mempunyai keluarga angkat yang sangat menyokong,” tambahnya.

Keluarga angkat, tulis Harry: Menerima saya seperti ahli keluarga mereka sendiri. Antara insan yang paling saya hormati dan kasihi adalah umi.

Harinder Raikan Ramadan & Syawal Pertama Penuh Ceria

“Umi selalu menasihati dan mengajarkan ilmu agama serta tunjuk ajar kepada saya sebagai muallaf. Saya doakan keluarga angkat saya dikurniakan kegembiraan seperti mana mereka telah mengembirakan saya,” ujarnya.

Syukur Alhamdulillah. Kita doakan Allah mudahkan urusan hidup dan amal ibadahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori