TAHNIAH diucapkan kepada penyampai stesen radio Hot FM, Haziq yang kini sah bergelar suami kepada Ayunda Putri dengan sekali lafaz kira-kira 9 pagi tadi.
Pasangan sama padan, sama cantik ini memilih busana pengantin berwana cream white hasil rekaan Erid Amaro.
Pasangan ini dinikahkan di sebuah kediaman keluarga di Puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur dengan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu.
Ayunda, 26, yang merupakan gadis dari Medan, Indonesia menerima wang hantaran berjumlah RM12,112, mas kahwin sebanyak RM208, sebentuk cincin dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki.
Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung esok di ibu kota, jam 12 tengah hari.
Pasangan ini bertunang pada 18 Oktober lalu setelah berkenalan semasaĆĀ menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
Haziq mengendalikan slot pagi Hot FM bersama Ajak Shiro dan Fizie dari jam 6 sehingga 10 pagi pada, setiap Isnin hingga Jumaat. – MYNEWSHUB.CC