Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Majlis Pemulihan Negara Syor...

Kuala Lumpur : Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan polisi...

BN Bentuk Kabinet Bayangan...

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah membentuk kabinet bayangan untuk setiap kementerian...

Perinci Mekanisme Siapa Layak...

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memperincikan mekanisme pemberian subsidi minyak kepada kereta berkapasiti...

SEB Akan Kaji Potensi...

KUCHING – Sarawak Energy Bhd (SEB), yang berhasrat mahu merealisasikan Grid Tenaga Asean,...

Hebat Ranjau Sepanjang Jalan: Hebat Lagi Shahnon Ahmad!

Tahun ini genap 50 tahun novel Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) berada di pasaran. Novel ini antara karya Magnum Opus Sasterawan Negara ke 3 Shahnon Ahmad.

Shahnon lahir pada 1933, di Kampung Banggol Derdap, Sik, Kedah. Secara sentimental – desa kelahirannya adalah latar RSJ. Shahnon lahir dalam keluarga miskin. Malah, membesar bersama kedaifan kaum pesawah.

Justeru, tidak hairanlah dia faham benar, isi yang berparut dalam novel besarnya.

Satu yang menarik, Shahnon baru berusia 33 tahun ketika RSJ muncul menjadi karya tugi.

17 tahun selepas Abbas Bandung menerbitkan RSJ dan pelajar Tingkatan Enam generasi 70an menggunakan sebagai teks Karya Wajib Sastera, Sarimah Production tampil mengambil langkah cukup berani.

Tahun 1983, RSJ masuk pawagam sebagai sebuah filem. Sarimah Ahmad berkolaborasi dengan Kamarul Ariffin, tokoh korporat yang prihatin dengan filem Melayu. Gandingan ini menikmati banyak kejayaan melalui kehadiran RSJ di pelbagai paltform festival filem.

WhatsApp-Image-20160724 (1)

 

RSJ meraih 5 award pada Festival Filem Malaysia ke 4, termasuk Anugerah Filem Terbaik.

Selain itu ikut mencipta nama di dengan meraih anugerah di peringkat Festival Filem Asia Pasifik.

Saya tidak berminat bercerita tentang buku atau latar filem RSJ. Google saja, semua fakta tersedia.

Cuma sebagai mengingati kehebatan Jubli Emas novel RSJ, pesona saya tertumpu pada penulisnya.

Tahun 1991/92, saya mengikuti Pengajian Penulisan Kreatif di USM. Kursus dua semester bagi penulis yang berminat dengan Sastera Melayu.

Dua daripada lapan kuliah dikendalikan Shahnon – kertas utama kursus ini: Kerta Penulisan Kreatif.

WhatsApp-Image-20160724

Saya datang ke USM sebagai penulis muda dan peminat tegar Realisme Magis. Aliran yang sedang memuncak di kalangan peminat sastera dunia. Aliran gagasan Gabriel Garcia Marquez penulis kelahiran Latin yang serba magik itu.

Waktu itu novel One Hundred Years of Solitude sedang mempengaruhi trend kontemporari sastera dunia.

Lebih hebat, pada 1987, A. Samad Said turut menerbitkan novel Hujan Pagi – novel perintis Realisme Magis sastera Melayu. Justeru, gahlah sastera di sana-sini dengan Realisme Magis!

Jadi sebagai penulis era Eksperimentalis – saya berasa akan berdepan saat sukar di USM. Shahnon seorang tradisionalis. Dia seniman konservatif; pewaris DNA sastera yang berpegang pada idea Seni untuk Masyarakat. Shahnon pasti anti Realisme Magis.

Kelas Shahnon rileks dan sengang. Waktu itu, Shahnon baru meninggalkan gerakan Arqam. Malah, agresif menerbitkan karya-karya anti Asaari Muhammad. Novel Tok Guru sangat panas dan laris di pasaran. Tok Guru mendedahkan pahit-maung Shahnon selama aktif dalam Arqam.


Seperti RSJ, novel Tok Guru manifestasi Shahnon sebagai tuan badan yang berada dalam naratif novelnya.

RSJ juga seperti novel Tunggul Gerigis dan Srengenge. Shahnon selaku penulis, berada dalam realiti bahan yang diceritakan. Shahnon bukan seniman yang berkhayal dengan idea.

Kerana Shahnon bersikap realistik dan pragmatis, serta jurang perbezaan idiom – saya yakin, pasti akan gagal di USM kerana Shahnon.

Dia pentaksub aliran Seni untuk Masyarakat. Tidak mungkin karya eksperimen akan lulus. Fobia ini mengcengkam bulan pertama menjejak kaki di USM.

Tetapi Shahnon orang mulia. Memang dia sangat mulia. Tidak perlu panggil Profesor, Datuk, Dr. atau Tuan. Semua komunikasi dua hala atau terbuka, hanya menggunakan nama Cikgu.

WhatsApp-Image-20160724 (2)

Shahnon banyak bercerita pada saya secara eksklusif. Makin lama makin personal jadinya. Saya pula selalu menghimpitnya kerana terdesak mahu lulus. Apatah lagi, menyedari jurang antara kami: Guru dan murid – pecinta aliran sastera yang berbeza.

Akhinya, hubungan bodek berubah jadi akrab. Saya sentiasa melepak di bilik Shahnon di Pusat Islam USM. Begitu rapat hingga saya berani bertanya: “Kenapa Cikgu keluar Arqam?”

Shahnon bukan perahsia. Dijawabnya: “Kerana Cikgu cintakan isteri!”

Tanpa berahsia Shahnon bercerita: “Isteri Cikgu jadi babu jaga anak orang putih. Semuanya kerana Cikgu!”

Shahnon bercerita zaman dia belajar MA di Australia. Isterinya taat dan setia. Malah, turut bekerja demi membantu survival pengajiannya di rantau orang.

Sejak itu, Shahnon menjadi guru sejati saya. Sampai sekarang, saya sentiasa ingin bersikap sebagai suami yang mengenang jasa isteri. Ini pegangan saya.

Setiap kali dalam apa jua keadaan – letih atau marah, atau keburu sakit hati – saya ingat pesan Shahnon: “Hargai jasa isteri!”

Shahnon keluar Arqam kerana protes poligami. Ketika dalam Arqam, dia didesak menambah isteri. Arqam mengamalkan poligami. Sedangkan Shahnon bertekad menyintai isterinya sampai mati.

Tahun ini RSJ genap 50 tahun. Semua tentang RSJ boleh digoogle. Saya memilih mengenang RSJ melalui cerminan penulisnya. Sesuatu yang tidak tersuluh dalam karya-karyanya.

Shahnon memang sarkastik dan bersikeras dengan prinsip sasteranya. Tapi bagi saya, Shahnon guru kehidupan.

“Hargai jasa isteri!” -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori