Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Bajet Alternatif Pembangkang Tidak...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Kumpulan Pertama 450 Jemaah...

PETALING JAYA - Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci...

18 Individu Termasuk Dua...

BALIK PULAU - Seramai 18 individu termasuk dua wanita yang terlibat dengan pergaduhan...

Utamakan Pendidikan Kepada Anak-Anak

TAIPING - Ibu bapa terutama di kawasan luar bandar diminta memberi keutamaan dari...

Heboh Pasar Raya Larang Ketuk-Ketuk Buah Tembikai

BEIJING – Sejak beberapa hari kebelakangan ini, warga siber di seluruh dunia sibuk memperkatakan tentang buah tembikai.

Terutamanya dalam kalangan rakyat China menerusi laman sosial Weibo – hanya disebabkan satu papan tanda amaran pelik yang diletakkan di sebuah pasar raya di Itali.

Menurut portal berita Metro.uk, pasar raya itu memasang papan tanda yang menghalang orang ramai daripada ‘mengetuk’ buah tembikai kerana buah itu konon ‘tidak akan memberi sebarang respons’.

Gambar papan tanda tersebut dimuat naik ke laman Weibo dan warga siber dari China menganggapnya sebagai satu serangan peribadi ke atas negara mereka sendiri.

Rakyat China yakin mesej yang tertera pada papan tanda tersebut ditujukan kepada mereka dan perbuatan mengetuk buah tembikai adalah kebiasaan rakyat negara itu.

Maka itu, warga siber bertindak dengan memuat naik gambar mereka seolah-olah sedang menunggu buah tembikai memberikan respons.

Namun, perbuatan mengetuk buah tembikai bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Menurut laman BBC, mengetuk buah tembikai bukan hanya dilakukan oleh rakyat China malah ia adalah cara universal untuk mengetahui sama ada buah itu segar dan sudah ranum.

Jika anda mengetuk buah tembikai dan ia berbunyi lompong, itu bermakna ia sudah ranum. Jika bunyinya padu, maka ia belum sesuai dimakan.

Malangnya, tidak semua kedai yang membenarkan perbuatan mengetuk buah-buahan, mungkin dikhuatiri merosakkannya serta ia juga kelihatan pelik.


Laman Metro menyenaraikan cara-cara di bawah ini untuk anda mengetahui sama ada buah tembikai yang ingin dibeli itu sudah ranum:

1. Buah tembikai yang sudah ranum akan terasa berat apabila diangkat.

2. Perhatikan buah tembikai yang mahu dibeli dan cari tompok kuning atau putih – jika ia kuning bermakna sudah ranum namun jika ia putih maka belum masak.

3. Buah tembikai yang sudah ranum lebih padu dan anjal jika dicucuk.

4. Bila diketuk, bunyinya akan lompong.

Video di bawah ini turut memberikan tips memilih buat tembikai yang sudah ranum. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori