Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

5 Lagi Mara Digital...

SHAH ALAM - Sebanyak lima lagi pusat yang menjual barangan teknologi maklumat (IT)...

Ayam Jantan ‘Gay’ Dan...

NAMPAKNYA, bukan manusia sahaja yang mengalami kecelaruan identiti, sebaliknya ia turut dialami oleh...

Wanita Indonesia Bunuh Suami...

Gara-gara tidak tahan sering ditipu, seorang lelaki British dibunuh isterinya berdekatan parit sawah...

Penghuni Selangor Mansion, Malayan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan akan membekalkan makan tengah hari dan malam...

‘High Fashion’ Melalui Kaca Mata Individu Madaew

MINAT mendalam terhadap dunia peragaan dan fesyen telah menjadikan individu bernama Madaew kreatif dalam menghasilkan rekaan yang disifatkan sebagai ‘high fashion’ dengan sentuhan tersendiri.

Madaew merupakan remaja yang berusia 17 tahun dari daerah Khon Kaen, Thailand ternyata mempunyai daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi dalam merealisasikan rekaan ‘pakaiannya’.

'High Fashion' Melalui Kaca Mata Individu Madaew

'High Fashion' Melalui Kaca Mata Individu Madaew

Menariknya, kesemua ‘pakaian’ rekaannya tidak memerlukan kos yang tinggi malah hanya boleh didapati di sekeliling rumah.

Bahan-bahan yang digunakan untuk mempersembahkan ideanya adalah bahan-bahan biasa yang ditemui seperti kain sarung, raga rotan, penyangkut baju, periuk belanga, selipar, zink dan apa sahaja yang dirasakan ‘unik’.


Malah Madaew turut menggunakan bahan-bahan dari alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan seperti ranting kayu, rumput kering serta bunga untuk dijadikan sebagai rekaan yang berkonsepkan ‘high fashion’.

Gaya yang dihasilkan mungkin dianggap ‘gila’ oleh sesetengah pihak. Namun ‘kegilaan’ yang dimilikinya itu telah menjadikan dirinya viral di laman sosial.

Dengan hanya menggunakan kamera telefon, remaja yang menggunakan nama madaew99 di laman Instagram ini berjaya membawa meraih seramai 40 ribu pengikut di laman itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori