PHILADELPHIAÂ – Hillary Clinton mencatat sejarah apabila dipilih sebagai wakil Parti Demokrat untuk calon presiden Amerika Syarikat (AS).
Beliau turut melakar sejarah sebagai wanita yang pertama menerajui parti politik utama dalam usaha merebut kerusi paling tinggi di White House.
Delagasi bersorak apabila saingan terdekat Clinton iaitu Bernie Sanders, mengumumkannya – satu tindakan memaparkan penyatuan dalam kalangan ahli bagi parti politik yang cuba untuk menyelamatkan keretakan.
“Hati saya tersentuh apabila Hillary Clinton secara rasmi dipilih sebagai wakil Parti Demokrat untuk calon presiden AS,†kata Sanders.
Pada November ini, Hillary Clinton akan berdepan dengan Donald Trump, yang dipilih wakil Republikan.
Bagaimanapun, suasana tidaklah begitu manis yang disangka. Sejurus Clinton dinamakan, penyokong Sanders kemudian menggamatkan dewan.
Mereka menuju ke arah wartawan untuk menyatakan bantahan.
Selain itu, beratus penyokong Bernie berada di luar Dewan Bandaraya Philadelphia sambil melaungkan: `Bernie or bust’.
Sementara itu, pada hari kedua konvensyen parti tersebut, bekas presiden AS, Bill Clinton, yang berada di pentas memberikan ucapan mengenai isterinya.
Beliau menyatakan jaminan terhadap kesinambungan kekuatan pengganti tapi inilah pertama kali ucapan itu merujuk kepada pasangan bekas presiden.
“Inilah sejarah yang dimulakan sejak kira-kira 100 tahun lalu,†kata Karen Finney, penasihat kanan kempen buat Clinton. – myMetro Online