Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

7 Produk Kosmetik Didapati...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengelakkan dari...

GAMBAR: Tun Mahathir Buat...

FUH, memang istimewa sungguh Proton Iriz yang bakal dilancarkan pada 25 September ini!Bayangkan,...

Tak Suka Barang Jenama,...

TERKENAL dengan sikap 'gila-gila', pelakon dan pengacara Sharifah Sakinah mengakui dirinya seorang yang...

Enggan Sertai Parti Tun...

SEHINGGA berita ini ditulis pada Sabtu, belum ada sebarang laporan menyatakan Tan Sri...

Ibu Dan 3 Anak Ditikam Jiran Gara-Gara Pakai Seksi

PARIS – Seorang wanita dan tiga orang anak perempuannya ditikam di sebuah pusat peranginan Perancis gara-gara memakai pakaian yang mencolok mata, menurut laporan media tempatan.

Seorang budak perempuan berusia 8 tahun nazak dalam kejadian yang berlaku di Garde-Colombe, wilayah Hautes-Alpes, selatan Perancis. Dua lagi kanak-kanak perempuan berumur 12 dan 14 manakala ibu mereka berusia 46.

Ibu Dan 3 Anak Ditikam Jiran Gara-Gara Pakai Seksi

Seorang lelaki dipercayai terlebih dahulu telah menyerang tiga kanak-kanak perempuan yang berada di luar rumah mereka sebelum bertindak memasuki kediaman tersebut lalu menyerang pula ibu mereka.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Laragne-Monteglin, Jean-Marc Duprat, suspek merupakan seorang individu yang tiada pertalian darah dengan mangsa dan merupakan warga Maghribi.

Jelas Duprat, suspek dikatakan berasa kecewa dengan tindakan keluarga berkenaan kerana gemar memakai seluar pendek dan hanya berkemeja-T menonjolkan aurat.

Difahamkan, suspek sebelum ini pernah bertemu dengan keluarga tersebut memandangkan dia (suspek) hanya tinggal bersebelahan dengan mangsa.

Ibu Dan 3 Anak Ditikam Jiran Gara-Gara Pakai Seksi


Menurut Amaury Navarrane dari majlis serantau berkata: “serangan ini bermotifkan keagamaan, tidak syak lagi.”

Sementara itu, menurut pendakwa raya, butiran kejadian masih lagi kabur dan memerlukan siasatan yang menyeluruh.

Pendakwaraya pada peringkat ini menafikan serangan tersebut dibuat kerana waniat-wanita berkenaan berpakaian seksi.

Difahamkan, suspek didakwa telah meninggalkan tempat kejadian menggunakan sebuah kereta sebelum ditahan pihak berkuasa tempatan. Seorang lelaki berusia 37 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori