Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

RUU 355: Luahan Rafizi...

IBARAT lain diharap, lain pula yang dapat... Kuasa rakyat yang sering dijaja PKR...

Gantung Diri Punca Kematian...

GEORGE TOWN - Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian pelajar Tingkatan Dua...

Inilah Himpunan Paling Hipokrit...

KUALA LUMPUR - Himpunan Selamatkan Malaysia Hapuskan Kleptokrasi anjuran Pakatan Harapan merupakan acara...

Ugutan Bom, Pesawat Mendarat...

JAKARTA - Sebuah pesawat penumpang Batik Air dari Ambon ke Jakarta mendarat cemas...

Ibu Dipercayai Bunuh Dua Anak Di Samarahan

KOTA SAMARAHAN – Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata ibu berkenaan yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas di rumah tersebut.

Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira 7.55 malam.

“Polis menjumpai dua kanak-kanak tersebut di bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal.

“Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pagi ini.


Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata setakat ini kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori