Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Netizen Bantu Khaidir Ahmad...

KUANTAN - Status laman sosial Facebook bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Khaidir Ahmad,...

Malapetaka Kemanusiaan Terbesar Di...

DAMSYIK - Kira-kira 900,000 penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing...

Bella Hadid Tak Perasan...

DALAM setiap majlis anugerah atau festival yang melibatkan selebriti, pastinya ramai yang teruja...

14 Petani & 650...

BAGAN SERAI - Seramai 14 petani, masing-masing menerima wang tunai RM250 hari ini,...

Individu ‘Curi’ Identiti, Seludup Masuk Pesawat

KISAH ini dikongsikan seorang individu bernama Patrick Sibat Sujang melalui Facebook miliknya berkisarkan pengalaman seorang doktor mendakwa seseorang individu yang tidak dikenali telah mencuri identitinya.

Si pencuri itu malah berjaya mendaftar masuk ke dalam pesawat yang akan dinaikinya.ƂĀ Menurut posting itu, mangsa adalah Dr. Kho Wee MingƂĀ yang akan berlepas ke Kuching dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Berdasarkan kisah yang dikongsi oleh Patrick, pada hari penerbangan, Kho Wee Ming agak terlambat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Namun dia telah mendaftar masuk tanpa sebarang bagasi secara atas talian.

Individu 'Curi' Identiti, Seludup Masuk Pesawat

Ketika mahu memasuki pesawat, kakitangan yang bertugas memaklumkan bahawa Ć¢ā‚¬ĖœdoktorĆ¢ā‚¬ā„¢ telah masuk ke dalam pesawat. Dakwaan kakitangan itu membuatkan doktor yang sebenar itu binggung.

Tambah suspen lagi, individu warganegara China yang tidak dikenali itu mengambil tempat duduk Kho Wee Ming dengan membawa dua buah beg menggunakan namanya.

Individu 'Curi' Identiti, Seludup Masuk Pesawat

Warga China bertindak meniggalkan pesawat itu setelah Kho Wee Ming dan beberapa kru pesawat itu meminta pengenalan dirinya.

Kakitangan MAB memberi jaminan kepada Kho Wee Ming bahawa pihaknya akan menyiasat insiden terbabit.

Ć¢ā‚¬Å“Bayangkan, pesawat tetap berlepas dengan dua bagasi yang telah ditinggalkan oleh lelaki itu walaupun menggunakan nama orang lain?Ć¢ā‚¬Ā soalnya.


Tiba di lapangan terbang, Patrick berkata doktor itu membuat laporan polis. Namun sehari selepas kejadian, doktor itu telah diminta untuk menuntut dua bagasi tersebut.

Bagaimanapun, doktor berkenaan enggan berbuat demikian. Sekali lagi laporan polis dibuat.

Individu 'Curi' Identiti, Seludup Masuk Pesawat

Patrick berharap, pihak MAS dan terutamanya Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) menyiasat kejadian itu kerana apa yang berlaku itu sangat serius dan telah melanggar polisi keselamatan.

“Bayangkan, identiti pengenalan diri anda dicuri orang lain? Kemungkinannya tiada batasan dan akibat daripada perbuatan ini akan mengubah hidup seseorang sama sekali.

“INI PASTI KERJA ORANG DALAM,” luahnya tidak puas hati. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori