Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Inkues Adib: Air Mata...

SHAH ALAM - Peguam keluarga, Syazlin Mansor menyambut keputusan inkuiri sebentar tadi dengan...

PKR Tegas Enggan Tarik...

KUCHING - Akibat gagal menjelaskan rasional kenapa berlaku pertindihan kerusi antara DAP dengan...

Dakwaan Tular Econsave Lahad...

LAHAD DATU - Pasaraya Econsave Lahad Datu menafikan penularan dakwaaan terdapat kanak-kanak lelaki...

Portal Aduan Buli Dilancarkan...

Portal aduan buli dilancarkan hari ini bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di...

ISN Ambil Langkah Proaktif Hindari Virus Zika

KUALA LUMPUR – Institut Sukan Negara (ISN) mengambil langkah proaktif dalam memastikan atlet yang membawa cabaran negara di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro terhindar daripada ancaman virus Zika.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN Dr Khairi Zawi berkata ISN akan mengguna pakaisecara maksimum semua garis panduan yang dikeluarkan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dan Kementerian Kesihatan untuk tujuan pencegahan.

“Untuk menghidari diri daripada gigitan nyamuk, adalah menjadi mandatori kepada semua atlet menggunakan penghalau nyamuk sepanjang masa,” katanya kepada Bernama.

Menurut Khairi, pihak ISN juga akan melakukan proses sanitasi bilik penginapan atlet Malaysia sepanjang mereka berada di perkampungan sukan di Rio de Janeiro.

“Selain saranan menggunakan penghalau nyamuk, kita juga akan menggunakan cara tradisional seperti menggunakan kelambu untuk menghindar daripada gigitan nyamuk,” katanya.

Selain itu, semua atlet dan pegawai yang akan ke Rio de Janeiro juga telah diberikan suntikan vaksin demam kuning.

“Suntikan ini adalah wajib kepada semua yang akan ke negara-negara Amerika Selatan,” katanya.


Pada M ei lepas, WHO dalam satu kenyataan, menolak gesaan untuk mengubahlokasi temasya atau menunda Sukan Olimpik Rio de Janeiro berikutan penularan virus Zika.

Sebaliknya, WHO berkata tindakan itu tidak akan mengubah secara ketara penyebaran virus itu, yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran yang serius.

Kira-kira 150 ahli sains antarabangsa dan doktor menulis surat terbuka kepada WHO, meminta temasya di Rio de Janeiro itu ditukar ke lokasi lain atau ditunda akibat penularan virus itu.

Bagi tempoh antara Februari dan April 2016, Kementerian Kesihatan Brazil mencatat 91,387 kes yang dikaitkan dengan virus Zika dan jumlah bayi yang dilahirkan cacat akibat Zika pula adalah 4,908 pada April. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori