SEJAK drama Dia Semanis Honey menjadi fenomena, populariti Alif Satar kian meningkat meskipun dia sudah menceburi bidang seni sejak 10 tahun lalu.
Khabar terbaharu Alif, menerusi perkongsian di laman Instagram pelakon dan penyanyi itu ada memuat naik satu gambar dirinya memakai baju bertulis ‘daddy of 2’ seolah-olah menyampaikan berita bahawa dia bakal menerima anak kedua.
Alif menulis, “Bila nak kahwin?” And then it’s “bila nak ada anak?” … Then, “bila nak berempat?” 😂 I’m sure many of us have heard this. Pada Alif, Alif ambil semua pertanyaan ni sebagai doa… I would just reply “InsyaAllah” and “Amin” … So, to all yang bertanya dan mendoakan….. THANK YOU. Alhamdulillah… Please continue praying for us, agar semua di permudahkan, and may Allah SWT reward you for all your good deeds and kindness. InsyaAllah Aminn… #YesICried #AlishaHasNoIdea.“
Peminat Alif, 26, kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah buat penyanyi itu dan isterinya di atas kehadiran ahli keluarga baharu.
Hasil perkahwinan dengan Shadila Halid, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Alisha Anugerah yang kini berusia 13 bulan sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC