Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

88 Peratus Wilayah Gaza...

GAZA - Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendedahkan lebih 88 peratus wilayah...

Vaksinasi Catat Lebih 400,000...

KUALA LUMPUR - Kadar pemberian vaksin COVID-19 harian terus mencatat peningkatan memberangsangkan dengan...

Kisah Sebenar Di Sebalik...

MENJADI Viral di dada-dada Facebook apabila tersebar sebuah gambar resit bayaran yang menunjukkan...

Undang-Undang Anti-Berita Tak Benar...

KUALA LUMPUR - Proses pelaksanaan Rang Undang-undang Anti-berita Tidak Benar tidak seharusnya dilengahkan...

Isteri Imam Ancam Bunuh Diri, Jika Suami Tak Potong Janggut

ALAHAI, macam-macam. Orang alim ulama sememangnya terkenal dengan penampilan berjanggut kerana ianya merupanya salah satu sunnah Rasulullah SAW.

Pun begitu, seorang ulama dari Kota Meerut, Uttar Pradesh, India bernama Arshad Badruddin, 36, kini pening kepala untuk memenuhi permintaan isterinya.

Ini kerana isterinya itu, Sahana, 33, dilaporkan sanggup mengugut untuk membunuh diri sekiranya suaminya enggan memotong janggutnya yang agak panjang.

Takut dengan ancaman pelik daripada isterinya, Arshad telah mengirimkan surat kepada pendakwa raya wilayah Meerut, Pankaj Yadav.

“Saya adalah seorang imam masjid dan menikahi Sahana dari kota Pilkhuwa, daerah Hapur pada 2001.

“Tak lama setelah pernikahan kami, dia meminta saya harus cukur janggut kerana dia menyukai lelaki tanpa janggut seperti bintang Bollywood Salman Khan atau Shah Rukh Khan,” tulisnya dalam surat itu.

Pada masa yang sama Arshad turut memberitahu, isterinya membuat ancaman itu kerana mahu menutup kesalahannya ‘kantoi’ berchat dengan lelaki lain menggunakan telefon pintar.

“Saya sudah melarangnya menggunakan telefon bimbit kerana khuatir anak-anak kami akan mengikut perkara yang sama dan akan semakin sulit mendisiplinkan mereka.


“Saya sangat terganggu dengan apa yang dilakukannya. Saat saya tegur dia menangis dan mengancam akan bunuh diri serta mengancam akan meracuni empat anak kami,” katanya.

Jelas Arshad, perselisihan faham antara mereka timbul selepas Sahara mengajaknya  pergi membeli-belah pakaian ‘Barat’ untuk dirinya dan anak-anak sempena Hari Raya Puasa lalu.

“Saat saya tolak menemaninya, dia marah dan seterusnya ancam akan bunuh diri. Dia kemudian kurung diri di kamar dan saya lihat di sebuah lubang dia sedang mempersiapkan tali untuk gantung diri,” katanya.

Bagaimanapun, niat Sahara terbantut kerana suaminya sempat menghalang perbuatan itu.

Susulan itu, surat Arshad telah dihantar ke pihak polis dan kesnya sedang disiasat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori