GEORGE TOWN – Puan Sri Chui Kah Peng iaitu isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meninggal dunia akibat kanser pagi ini.
Chui, 65, menghembus terakhir pada pukul 1 pagi di pusat perubatan Gleneagles di sini di sisi anggota keluarganya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun Twitter turut menyampaikan ucapan takziah dengan berkata: “Menerima berita sedih pemergian Puan Sri Chui Kah Peng. Takziah dan simpati saya kepada Tan Sri Koh Tsu Koon & keluarga.”
Pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong turut menyampaikan ucapan takziah dan menyifatkan Gerakan kehilangan seorang ikon yang hebat dan insan yang dikasihi ramai.
Mayat mendiang dibawa ke rumah keluarganya di Halaman Cantonment, Pulau Tikus untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir sebelum disemadikan pada Khamis.
Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki dan perempuan. – BERNAMA