SELAKU bapa, nama pelakon dan penyanyi Kazar Sairi sedikit sebanyak turut terpalit sama selepas video gelekan maut anak gadisnya menari tersebar menjadi viral di media sosial.
Baca:Â Dek Gelekan Maut, Nama Ira Kaza Jadi Trending
Menurut Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 57, dia sudah penat menasihati anaknya Ira Kazar, 21, agar menjaga tingkah laku namun dia masih berkelakuan sama.
Dalam pada itu, Kazar turut menganggap insiden tersebut sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada anaknya pada masa hadapan.
“Dah penat nasihat tapi biasalah jika tidak kena, dia tidak mahu dengar (nasihat). Sekarang dia sendiri sudah belajar dan menerima kesan atas tindakannya itu.
“Tapi saya anggap itu perkara biasa bagi seseorang yang sedang melalui zaman remajanya, saya tidak marah dia kerana kalau saya marah dia akan lebih tertekan dan lari rumah pula nanti,” ujarnya kepada mStar Online.
Walaupun anaknya dikecam, Kazar tidak menganggap tindakan anaknya itu telah memalukan keluarganya sebaliknya menyifatkan itu adalah sifat nakal seorang remaja yang sedang meningkat naik.
“Apa yang dilakukan itu bukanlah terlalu teruk sehingga memalukan keluarga, perangai nakal remaja saya dahulu lebih teruk dari itu cuma zaman kami tiada media sosial sahaja.
“Saya harap orang ramai juga tidak terus menghentamnya di laman sosial, dia seperti manusia lain yang tidak lari daripada kesilapan,” katanya.
Ira Kazar atau nama sebenarnya Fadira Fatini Kazar tiba-tiba hangat diperkatakan selepas videonya menari gelak berlatarkan lagu berjudul One Dance nyanyian Drake tersebar menjadi viral di Internet.
Rata-rata netizen menyifatkan aksi tarian anak pelakon terkenal itu keterlaluan dan mengiurkan – MYNEWSHUB.CC