SANDISK, nama tidak asing lagi dalam dunia pemacu pena memperkenalkan casing untuk iPhone 6 atau 6s dengan keupayaan penyimpanan flash terbina sehingga 128GB.
Casing iXpand Memory Case terbabit berupaya menyalin data seperti foto dan video terus dari iPhone melalui aplikasi khas, iXpand.
iXpand Memory Case turut bertindak sebagai powerbank apabila ia menyediakan kuasa bateri tambahan berkapasti 1900mAh.
Memiliki tiga jenis storan dalaman iaitu 32, 64, dan 128GB, bingkai tambahan ini berukuran 15.3 x 76.1 x15mm dan harga bagi seunit dianggarkan RM164 hinga RM535. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Sandisk