Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

SPRM Terus Usaha Kurang...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan terus berusaha meningkatkan...

Budak Sesak Nafas Termakan...

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun dibawa ke hospital akibat sesak nafas selepas...

AirAsia Mulakan Penerbangan Ke...

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan AirAsia akan memulakan penerbangan terus empat kali seminggu...

“Semua Tahu Saya Berminat”...

PHILIPPE Coutinho bersuara buat pertama kalinya mengenai betapa hampir beliau menyertai Barcelona. Bagaimanapun bintang...

Jabatan Meteorologi Nafi Keluar Amaran Tsunami

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengeluarkan amaran ancaman tsunami di Pulau Pinang dan Kedah seperti yang sedang tersebar di media sosial.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata, jabatan itu juga tidak mengeluarkan amaran tsunami dalam tempoh 36 jam di pantai timur sabah dan amaran ribut kuat di Labuan, Sabah dan amaran banjir besar di Pahang.

“Orang ramai diingatkan untuk tidak mempercayai khabar angin yang tersebar di media-media sosial dan aplikasi WhatsApp tersebut yang dkaitkan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Madius berkata, keadaan cuaca lembap yang dialami pada masa sekarang terutama di utara Semenanjung Malaysia dijangka berkurangan mulai 20 Julai 2016.

Manakala, katanya, hujan di beberapa tempat masih boleh berlaku di seluruh negara terutama pada lewat petang dan senja selepas tarikh tersebut.


“Orang awam dari semasa ke semasa dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih dari laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia www.met.gov.my atau aplikasi yang disediakan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori