Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pemulihan Mural Di Bangunan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan usahasama GDP Architect Sdn...

Burgoon Ungguli Pusingan Pertama...

PEMAIN Amerika Syarikat, Bronson Burgoon beraksi cemerlang pada penampilan sulung di Kejohanan Golf...

Banjir: Penduduk Belum Sedia...

BENTONG: Penduduk Kampung Baru Sungai Perdak di sini, masih belum bersedia untuk pulang...

Pak Yus Bukan Sekadar...

PENGARAH Sabri Yunus berkata, dia berasa puas hati kerana dapat mencungkil sisi berbeza Allahyarham...

Jaga Barang Berharga Ketika Beraya – Polis

KEMAMAN:  Polis Terengganu mengingatkan orang ramai yang berkunjung ke rumah saudara mara dan rakan taulan supaya menjaga barangan berharga dengan sebaik-baiknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata pemilik kediaman juga perlu berhati-hati ketika menerima kunjungan tetamu agar tiada barangan berharga lesap.

Katanya peringatan tersebut bagi memastikan kes kecurian barangan ketika mereka sedang leka beraya tidak lagi berulang.

“Kita tidak mahu ketika umat Islam sedang leka beraya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melarikan barangan berharga ketika tuan rumah dan tetamu sedang beraya.

“Terdapat beberapa insiden sebelum ini, barangan berharga dicuri ketika berkunjung ke rumah rakan taulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan warga Polis Kemaman, di malam tadi.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa sepanjang bercuti ke kampung.


Katanya di daerah Kemaman, masih ramai yang tidak berbuat demikian dan sekiranya keperluan mengisi borang itu satu bebanan, mereka boleh menghubungi balai polis berdekatan.

“Maklumat seperti itu penting bagi membolehkan pihak polis melaksanakan langkah pencegahan dan pemantauan sepanjang tempoh rumah tidak berpenghuni,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata kerjasama dan komitmen antara jiran juga memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan ketika penghuni tiada di rumah. -BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori