Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Seri Setia Bukti Keperluan...

KERJASAMA antara parti Melayu PAS dengan UMNO sudah menampakkan tanda-tanda positif di Seri...

Pencarum Tetap Minta RM10,000...

PETALING JAYA – Ramai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya masih tidak...

Antibodi Mereka Yang Sembuh...

PUTRAJAYA - Kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas mereka yang sembuh...

Sultan, Permaisuri Johor Zahir...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja...

Jalan Sesak Pengantin Lelaki Jemput Isteri Guna Helikopter

JALAN raya di Nanyuan Road, China, telah menjadi sesak selama kira-kira sejam semalam.

Ramai yang menyangka ia berpunca susulan kemalangan namun sebenarnya kejadian itu berlaku akibat tindakan seorang taikun yang menjemputnya pengantin perempuan dengan menggunakan helikopter, pada majlis perkahwinan mereka.

Helikopter berkenaan berhenti betul-betul di tengah jalan dan ia dilakukan sebagai simbolik kepada percintaan mereka, kononnya cinta itu jatuh dari langit.

Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dinamakan.

Menurut pihak yang terlibat dalam penerbangan helikopter terbabit, Zhao, pasangan pengantin itu menyewa helikopter tersebut sebagai menunjukkan perasaan cinta mereka.

Kos menyewa helikopter dianggar antara £2,280 hingga £683,000 sejam.


Sementara itu, orang ramai yang bengang kerana helikopter terbabit menghalang lalu lintas telah menghubungi polis.

Selain itu, pasangan terbabit juga dikecam di media sosial kerana mementingkan diri sendiri hingga mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Ada yang mendesak supaya pasangan itu dihadapkan ke muka pengadilan manakala yang lain pula bimbang tindakan tersebut hanya menjejaskan keselamatan orang ramai. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori