Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Ibu Tak Dibenar...

SUSULAN kontroversi seorang ibu tidak dibenarkan memasuki dewan konvokesyen kerana tidak mematuhi etika...

Kes Rusuhan Kuil: 10...

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah reman selama...

Tiada Apa Yang Perlu...

ALOR SETAR - Tiada apa yang perlu dihairankan dengan kemenangan pasukan Johor Darul...

FAM Dapat Diskaun Ganti...

JOHOR BAHRU - Tuntutan ganti rugi berjumlah €1.4 juta (RM6.73 juta) oleh kelab...

JDT Nafi Mahu Sambar Dua Lagi Pemain Selangor

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan pasukan itu membuat tawaran kepada dua lagi pemain Selangor untuk menyertai JDT.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Kapten Mohd. Fahmy Yahya berkata, cuma ada dua lagi pemain dalam radar JDT pada waktu ini.

“Kami tidak pernah membuat apa-apa tawaran kepada pemain Ahmad Hazwan Bakri dan Muhd. Shahrom Abdul Kalam.

“Kami hanya ada dua pemain dalam perancangan kami tapi itu pun untuk tahun hadapan. Jadi berita ini tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Desas desus mengenai JDT memancing dua lagi pemain Selangor termasuk Ahmad Hazwan yang juga penyerang pasukan kebangsaan tersebar meluas di media sosial.


Rumors itu tersebar selepas pemain pertahanan kanan Selangor, Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham disahkan berpindah ke pasukan itu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori