Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Penganggur Proses...

KAJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang penganggur berusia 33 tahun selepas...

Pebble Time Round, Jam...

PEBBLE sebelum ini telah memperkenalkan dua jam tangan pintar melalui kempen yang diadakan di...

Maszlee Dakwa Belum Terima...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan penuh dari Jawatankuasa Khas Peperiksaan...

Afrika Selatan Tuduh Trump...

JOHANNESBURG - Afrika Selatan menuduh Presiden Donald Trump menyemarakkan ketegangan kaum semalam selepas...

Jemaah Diingat Jaga Kesihatan, Cuaca Mungkin 50 Darjah

KUALA TERENGGANU – Bakal jemaah haji diingatkan supaya tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas semasa menunaikan ibadah bagi mengelak strok haba.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Johan Abdullah berkata hasil perbincangan TH dengan kerajaan Arab Saudi, dijangkakan suhu semasa musim haji tahun ini boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius.

“Oleh itu, kami ingin menasihati para jumaah haji agar menjaga diri supaya tidak terlalu terdedah kepada cuaca yang panas itu.

“Jemaah haji hendaklah minum air dengan banyak bagi mengelak berlaku strok haba. Ini penting bagi menjaga kesihatan dan keselamatan jemaah supaya dapat melaksanakan kerja haji dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian kursus Perdana Haji peringkat negeri Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman di Taman Tamadun Islam di sini malam tadi.

Johan turut mengingatkan jemaah agar tidak terikut-ikut atau terlibat dengan demonstrasi dan sentiasa fokus kepada ibadah.

Selain itu, jemaah perlu melakukan latihan berjalan kaki di kawasan kediaman masing-masing bagi menguatkan stamina dalam menghadapi suasana di tanah suci, kerana kediaman jemaah agak jauh daripada Masjidil Haram.

Katanya pada tahun ini, sebanyak 22,000 jemaah dari negara ini akan menunaikan fardhu haji bermula 4 Ogos dengan 47 penerbangan dari Kuala Lumpur terus ke Jeddah atau Madinah.


“TH tidak lagi mengadakan penerbangan haji melalui negeri-negeri kerana kita menyediakan pesawat Airbus yang lebih besar. Separuh penerbangan menggunakan penerbangan MAB dan separuh lagi penerbangan Saudi Air,” katanya.

Sementara itu Ahmad Razif melahirkan penghargaan kepada TH kerana meneruskan subsidi kepada jemaah Haji sehingga RM170 juta walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Katanya, kos sebenar tambang menunaikan fardhu haji sebanyak RM18,890 seorang, tetapi TH menanggung sabsidi sebanyak RM8,910 dan setiap jemaah hanya membayar sebanyak RM9,980.

“Tahniah TH. Saya berharap TH dapat mengekalkan tambang subsidi ini supaya bakal-bakal haji mampu menunaikan fardhu haji dengan jumlah tambang yang ditetapkan itu.

“Saya ingin ingatkan kepada 1,300 jemaah dari Terengganu supaya dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan menjaga tingkah laku serta mengikut arahan TH dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori