JIKA sebelum ini pelawak dan penyampai radio Era FM, Johan sering kali didakwa menyorokkan anak-anaknya daripada tatapan umum.
Kini tidak lagi apabila Johan dan isterinya, pelakon Ozlynwaty mengambil pendekatan terbuka dengan berkongsikan video saat-saat mereka bergurau senda dan bercanda ria dengan cahaya mata menerusi akaun laman YouTube, Jozlynn Hanania.
Baru sahaja dibuat minggu lalu, Jozlynn Hanania sudah memuat naik sebanyak tujuh video bagi menghiburkan peminat di luar sana dengan aksi dan keletah anak mereka yang dikenali sebagai Haziq dan Chantiq.
Dalam video-video itu juga, Johan dan isteri ada menerapkan pengajaran terhadap anak-anaknya seperti meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan dan solat jemaah bersama-sama. – MYNEWSHUB.CC